Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kelas Kabin Dan Sekolah Dua Sesi Antara Langkah Tangani Isu Sekolah Padat – KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan jangka masa pendek antaranya pembinaan kelas kabin pasang siap dan operasi sekolah secara dua sesi sebagai langkah bagi mengatasi isu sekolah padat.

KPM ambil pendekatan tangani isu sekolah padat

Menurut laporan Kosmo! Online, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, terdapat 95 buah sekolah terlibat dalam penggunaan kelas kabin membabitkan sebanyak 301 bilik darjah bernilai RM69 juta, di negeri Selangor sahaja.

isu sekolah padat

Foto: FB Amirudin Shari

“Ia kabin jenis Sistem Binaan Berindustri (IBS), bukan kabin biasa. Jangan bayangkan kabin (digunakan oleh) kontraktor. Kita ubah suai untuk ia jadi kondusif sebagai sebuah kelas.
“Kita juga ada buat penyuraian sekolah. Ini memerlukan komitmen ibu bapa juga. Yang lain melibatkan sekolah dua sesi,” katanya.

Fadhlina beri penjelasan langkah isu sekolah padat

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih yang mula beroperasi hari ini bagi sesi persekolahan 2025/2026.

isu sekolah padat

Foto: FB Amirudin Shari

Fadhlina berkata, KPM turut mengambil serius isu sekolah baharu gagal dibina mengikut tempoh masa ditetapkan seperti pembinaan SK Taman Pelangi Semenyih yang mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Artikel lain: KPM Sasar Selesai Sistem Sekolah Satu Sesi Menjelang 2030

Ini kerana ia memberi kesan kepada aspek pendidikan sekiranya pembinaan sekolah baharu diisytihar sebagai projek sakit, justeru pemantauan ketat terus dibuat di peringkat KPM.

Advertisement. Scroll to continue reading.
isu sekolah padat

Foto: FB Amirudin Shari

“Komitmen Kerajaan Madani cukup besar apabila melihat projek sebelum ini banyak tidak dapat disiapkan. Kita ambil alih dengan komitmen baharu dan juga pendekatan baharu.
“Kita akan tunaikan komitmen ini dengan memastikan semua agensi terlibat dalam pembinaan sekolah memberi komitmen sepenuhnya,” ujarnya.

Tambah beliau, kompetensi kontraktor antara contoh isu dikenal pasti dalam kelewatan pembinaan sekolah namun pihaknya memiliki beberapa keadah untuk mengatasi keadaan tersebut.

Sumber: Kosmo! Online (Zulkifli Manzor)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd