Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Seluruh England 2026: Tersingkir Awal, Tang Jie- Ee Wei Akui Kesilapan Sendiri

Tang Jie- Ee Wei Akui Kesilapan Sendiri

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan.

Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tersingkir awal pada pusingan pertama Seluruh England 2026 akibat kesalahan servis pada mata penting serta komunikasi putaran posisi yang kurang kemas.

Turun dengan reputasi tinggi sebagai juara dunia tahun lalu dan pilihan keempat, Tang Jie-Ee Wei tewas kepada pasangan Denmark ranking ke-34 dunia, Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk 21-18, 12-21, 23-25 dalam aksi dramatik hampir sejam.

Tang Jie- Ee Wei Akui Kesilapan Sendiri

Tang Jie mengakui kesalahan servis menjejaskan fokusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rasa terlalu banyak kesalahan servis yang buat saya hilang sedikit keyakinan. Pada mata penting pun ada kesilapan daripada diri saya sendiri. Saya tak tahu bila akan terkena ‘fault’ lagi,” katanya.

Ee Wei pula melihat corak permainan yang terlalu banyak melakukan pukulan tinggi (lifting) memberi ruang kepada lawan menguasai rali.

“Kami terlalu banyak bermain lifting dan itu menyebabkan kami rasa tidak selesa dalam gelanggang.
“Itu yang perlu diperbaiki,” katanya.

Kekecewaan Malaysia bertambah apabila beberapa lagi wakil negara turut tersingkir di pusingan 32 terbaik.

Beregu campuran profesional Jimmy Wong-Lai Pei Jing tewas kepada pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan 21-17, 21-18, manakala Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tunduk kepada wakil India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto 21-17, 21-19.

Artikel lain: Ditanya Dalam Bahasa Inggeris, Tang Jie–Ee Wei Dipuji Martabat Bahasa Melayu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam acara beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas kepada pilihan kelima Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 21-9, 21-17.

Choong Hon Jian-Muhammad Haikal pula tunduk kepada pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-13, 21-17.

Sumber: NST 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd