Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Visual Pijak Al-Quran, MCMC Siasat Akaun Media Sosial ‘Dickie Borneo’

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat siasatan susulan penyebaran visual di platform Threads dan Facebook yang memaparkan tindakan seorang individu memijak Al-Quran.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, perbuatan itu bukan sahaja menghina agama Islam, malah berpotensi mencetuskan ketegangan serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Menurutnya, semakan awal mendapati hantaran asal berkenaan telah dipadam, manakala akaun yang dipercayai menggunakan nama Dickie Borneo juga tidak lagi dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti individu terlibat,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Foto: Hantaran tular di Threads

Dalam masa sama, hasil pemantauan lanjut oleh MCMC turut mengenal pasti beberapa hantaran lain yang mengandungi unsur penghinaan agama dipercayai melibatkan individu sama dalam sebuah kumpulan media sosial.

MCMC memaklumkan semua kandungan berkaitan telah dipelihara sebagai bahan bukti bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
MCMC kini sedang bekerjasama dengan platform media sosial bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun untuk mengenal pasti individu terlibat.
Suruhanjaya ini juga bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil,” ujar MCMC.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula kandungan berkenaan kerana ia boleh mencetuskan ketegangan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Dalam masa yang sama, MCMC menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang kandungan yang menghina agama, menghasut kebencian atau menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.

Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” tegasnya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd