Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Davika Hoorne Sanggup ‘Keding’ Demi Watak Dalam Drama Terbaharu

Sejak kebelakangan ini, bentuk tubuh pelakon dan model tersohor dari Thailand iaitu Davikah Hoorne menimbulkan kerisauan para peminat kerana kelihatan semakin kurus.

Malah, setiap hantaran dikongsikan di laman Instagram jelas menampakkan tulang seolah-olah pelakon berusia 30 tahun itu sakit.

View this post on Instagram

A post shared by davikah (@davikah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melihat kepada bentuk badan pelakon drama My Ambulans ini, ramai memberi andaian sendiri dengan mengatakan dia sakit.

Pun begitu, ada peminat tidak hairan melihat tubuh pelakon kacukan Thai-Belgian ini memandangkan dia seorang model jenama antarabangsa terkemuka dunia.

View this post on Instagram

A post shared by davikah (@davikah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kurus sebab nak jayakan watak dalam drama

Tidak berdiam diri, Davika atau mesra disapa Mai tampil memberikan penjelasan menerusi video yang dimuat naik di laman Youtube miliknya, Davikah Channel.

“Saya mengaku semakin kurus tapi itu semua bersebab. Saya terpaksa buat semua itu demi menjayakan watak dalam drama terbaharu yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan,”ujarnya.
View this post on Instagram

A post shared by davikah (@davikah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam rakaman tersebut, Davika yang juga seorang penyanyi memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri untuk kekal berahsia mengenai watak terbaharunya.

“Saya belum beritahu sesiapa lagi. Jadi, sila tunggu sehingga awal tahun depan. Penampilan bagi watak akan datang ini sangat penting.
“Saya juga berbincang dengan ramai orang bahawa saya mahu menurunkan berat badan untuk watak ini. Sebab dalam drama ni… saya tak boleh bocorkan. Apa-apa pun, saya memang kuruskan badan bagi menjayakan watak dalam drama ini,”jelasnya.
View this post on Instagram

A post shared by davikah (@davikah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ceritanya lagi, segala pengorbannya untuk kurus demi watak terbaharu itu sangatlah berguna sewaktu dia menjalani penggambaran yang baru sahaja dua bulan yang lalu.

Cumanya, dia masih belum dapat keluar dari watak tersebut dan masih mengambil masa untuk kembali ke bentuk badan yang asal.

“Jangan risau, berat saya masih normal dan saya masih mengamalkan pemakanan seimbang. Setiap hari saya ambil sumber protein dan lain-lain yang mencukupi,”ujarnya.

Di kesempatan itu, Davika mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana prihatin dengan keadaan dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Youtube Davikah Channel

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Sukan

Jenama pakaian terkenal, Elrah, mengesahkan akan menjadi penaja kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bagi menghadapi saingan musim hadapan, sekali...

Lokal

Seorang guru disiplin cedera dipercayai selepas ditumbuk sekumpulan pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini, yang dipercayai berpunca daripada tindakan menggunting rambut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd