Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Romantis Habis! Davika Hoorne Kini Isteri Ter Chantavit Selepas Tujuh Tahun Bercinta

Davika Hoorne Kini Isteri Ter Chantavit

Pelakon terkenal Thailand, Mai Davika Hoorne melangsungkan perkahwinan penuh romantis dengan aktor dan penulis skrip popular, Ter Chantavit Dhanasevi pada 9 November 2025.

Majlis tertutup yang berlangsung sederhana namun sarat makna itu diadakan di Maison Mystique, Khao Yai, Thailand dan hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat pasangan berkenaan yang telah bersama selama tujuh tahun.

Davika Hoorne Kini Isteri Ter Chantavit

Mai yang popular menerusi filem Pee Mak tampil memukau dalam gaun putih rekaan Gucci manakala Ter segak mengenakan sut berona senada yang mencipta suasana penuh elegan dan romantik.

 

Menerusi hantaran di Instagram, pasangan itu berkongsi beberapa foto perkahwinan mereka yang dirakam indah dengan tema fairytale wedding.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah satu hantaran yang kini menjadi pinned post di akaun Mai memaparkan kapsyen ringkas “We’re married!” yang disambut dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat seluruh dunia.

Artikel lain: Davika Hoorne Sanggup ‘Keding’ Demi Watak Dalam Drama Terbaharu

Terdahulu, Mai mengumumkan pertunangannya pada Jun lalu menerusi satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan cincin berlian besar di jarinya.

Mai, 33, yang juga seorang model dan penyanyi, terkenal menerusi drama Heart Attack, My Ambulance dan Astrophile serta mempunyai lebih 18 juta pengikut di Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd