Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dakwa Sukar Dengar Azan Di Malaysia, Wanita Indonesia Mohon Maaf

Seorang wanita dari Indonesia mohon maaf selepas video TikToknya yang memaparkan dakwaan dia tidak pernah mendengar suara azan di Malaysia menjadi tular.

Menerusi satu video di TikTok, @pinotdiah telah memuat naik permohonan maaf buat rakyat Malaysia yang berang terhadap dirinya kerana membuat dakwaan tersebut.

@pinotdiah

Mohon di buka kan pintu maaf yg sedalam2 nya kepada masyarakat #malaysia πŸ™πŸ™ Atas VT saya yg viral dgn kurang nya info2 yg seharus nya saya Utara kan sebelum VT itu naik πŸ™πŸ™ Krn tidak ada maksud berbohong atau pun fitnah .. saya harap sebelum komentar di baca baik2 keterangan di VT saya πŸ™πŸ™ #cintadamai #malaysiatiktok #malaysianupdate #berandamalam #vtviral #vttiktok #adzan #suaraadzan #hamba #hambaallah #mohonmaaflahirdanbatin πŸ™πŸ™πŸ™ @apisangler @akmal_1.8.2k @gengpantai @xda_hati00 @massiki67

♬ Musik Relaksasi – Formasi

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya memohon maaf kepada semua orang Malaysia yang tersinggung atas video saya baru-baru ini tentang azan di Malaysia.
“Saya cuma manusia dan tak lari dari buat kesalahan. Saya denga berbesar hati memohon maaf kepada warga Malaysia, kerana video yang viral itu memberikan kesan yang sangat buruk kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, wanita itu juga berkata ramai yang salah faham berkenaan video tersebut dan beranggapan dia mendakwa tiada azan di Malaysia.

Wanita Indonesia mohon maaf dakwa sukar dengar azan di Malaysia

“Saya juga perlu menenangkan diri saya kerana banyak kecaman yang saya terima daripada video itu. Jadi saya perlu hilangkan perasaan yang saya rasa selepas dikecam dan dihina.Β 
“Saya minta maaf dengan video viral itu. Untuk di masa hadapan, saya akan lebih berhati-hati dengan video yang saya muat naik. Saya harap selepas video ini, tiada lagi komen-komen yang kasar,” jelasnya.

Artikel lain: Tanpa Ragu-Ragu, Nasi Lemak Malaysia Jadi Pilihan Phua Chu Kang

Terdahulu, tular satu video daripada @pinotdiah yang mana dia mendakwa tidak pernah mendengar suara azan sepanjang berada di Malaysia.

Pada video itu, wanita itu telah pulang ke Indonesia dan sebaik sahaja mendarat dia menitiskan mata kerana akhirnya dapat mendengar suara azan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selama saya di Malaysia, saya tak pernah dengar azan,” luahnya.

Videonya itu telah dimuat naik semula di X sehingga dia mendapat pelbagai kecaman daripada rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan dakwaannya.

Menurut penjelasan wanita tersebut, dia hanya melawat ke beberapa buah negeri iaitu Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur dan tidak pernah sekalipun mendengar azan.

“Saya tinggal di Johor Bahru dan tempat yang saya tinggal itu majoritinya orang Cina. Tempat itu sangat elit dan saya tidak pernah nampak masjid.
“Jadi macam mana saya nak dengar suara azan kalau masjid pun saya tak pernah jumpa? Saya pernah ke Kuala Lumpur dan Terengganu dan di Terengganu kiri kanan sawit sahaja.
“Di sana pun saya tak jumpa masjid. Saya ke Menara Petronas, Kuala Lumpur ada masjid besar saya tidak dengar suara azan sebab saya datang ke sana pada waktu pagi,” jelasnya.

Wanita itu juga mendakwa dia juga tidak pernah melihat wanita bertudung ketika datang ke pasar biasa atau pusat beli-belah di Johor Bahru.

“Saya tinggal di Johor Bahru memang kawasan elit sangat. Saya ke pasar biasa atau ke pusat beli-belah pun saya tak nampak perempuan bertudung sebab di sana majoritinya orang Cina,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen di X, walaupun wanita itu sudah membuat video penjelasannya, namun rata-rata rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baru lalu KLCC, kuat je azan

Kat Johor tu azan bersahut-sahutan, di mana sampai tak dengar?

 Wanita Indonesia Mohon Maaf

Kena rukyah telinga dia ni

 Wanita Indonesia Mohon Maaf

Dorang memang sekarang datang Malaysia untuk mengutuk

 Wanita Indonesia Mohon Maaf

Cuba akak ni bagitau kawasan mana yang elit sangat tu sampai tak pernah dengar suara azan, lepastu kat Terengganu langsung tak nampak masjid??

Sumber: TikTok @pinotdiah, X @mhmmdhsm

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta Β© 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd