Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kantoi Curang 2 Kali, Wanita Hamil Maafkan Suami -“Anggap Ini Ujian Saya Mengandung”

Wanita hamil yang tular memuat naik video suaminya ‘kantoi’ berlaku curang dengan seorang perempuan tampil menjernihkan keadaan apabila memaafkan suaminya memandangkan ia kali pertama kesalahan tersebut dilakukan.

Terima semua kecaman dan hinaan

Menerusi hantaran yang dikongsi wanita terbabit, dia menyatakan masih memilih lelaki tersebut sebagai suaminya dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian ketika mengandung.

“Sebelum itu saya terima apa sahaja kecaman dan hinaan atau pendapat sesiapa sahaja. Saya ingin memberitahu yang saya masih pilih dia menjadi suami saya dan saya anggap ini ujian saya mengandungkan anak pertama.,” ujarnya.

Pilih berbaik demi anak

Dalam pada masa yang sama, dia menyatakan suaminya baru sahaja mengenali perempuan itu seminggu sebelum ‘kantoi’ berlaku curang dan video pertemuan mereka tular di media sosial.

Ujarnya, dia masih memikirkan tentang anak dalam kandungan dan bayi membesar tanpa kehadiran seorang bapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang sekeliling akan bertanya kenapa saya masih terima dan beri peluang? Kerana ini adalah kali pertama suami saya berlaku curang kepada saya dengan perempuan yang sama yang baru kenal 1 minggu, dan saya masih bagi peluang kerana saya sedar saya pun ada silap saya dan saya anggap ini khilaf dia sebagai suami.
“Saya fikir macam mana anak saya nak membesar dan saya tidak mahu dia membesar tanpa seorang ayah. Saya masih kuat di sini dan masih menerimanya sebagai suami kerana saya fikir bayi dalam kandungan saya,” tulisnya.

Wanita terbabit juga menjelaskan tindakan dia menularkan video kecurangan suami disebabkan terbawa emosi disebabkan perempuan itu enggan menerima peringatan serta tidak menghormatinya sebagai seorang isteri yang sah.

Walau bagaimanapun, dia berharap agar semua pihak dapat menerima keputusannya kerana apa yang dilakukan adalah demi masa depan anak-anak.

Dia juga meminta orang ramai untuk tidak menganggu keluarga mentuanya dan meminta semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber: TikTok syuharynaaaa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd