Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

CUEPACS Kecewa, Belanjawan 2023 Tak Selesai Isu Kos sara Hidup Pekerja ‘Gomen’

Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kurang menyambut baik Belanjawan 2023  yang didakwa tidak mampu menemui penyelesaian kos sara hidup dihadapi dalam kalangan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pengumuman dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu seolah-olah tiada komitmen diberikan kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam.

“Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang naik dengan begitu mendadak terutama melibatkan keperluan asas.
“Penjawat awam ketika ini mengharapkan sebuah sistem saraan yang baharu memandangkan sistem saraan perkhidmatan awam yang digunakan ketika ini…
“…sudah lama tidak dikaji iaitu sejak November 2002 dan tidak sesuai lagi dengan persekitaran ekonomi semasa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Adnan berkata, inisiatif kerajaan memberikan pengurangan cukai pendapatan individu sebenarnya tidak memberi kesan yang besar kepada pendapatan boleh guna terutama penjawat awam.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya memperkenalkan semula program perumahan mampu milik untuk penjawat awam seperti sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Konsep rumah mampu milik seperti Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang dikhususkan kepada anggota ATM perlu diperluaskan kepada semua penjawat awam.
“Penjawat awam tidak meminta perumahan percuma kerana kami sanggup membelinya tetapi harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam,” ujarnya.

Namun begitu, beliau memuji inisiatif kerajaan meneruskan kebenaran penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari selain pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Pada masa sama, Adnan berharap agar kerajaan dapat memperhalusi semula permintaan warga penjawat awam terutama dalam hal-hal yang melibatkan permasalahan kos sara hidup.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kerajaan mahu mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam namun sehingga kini tiada apa-apa perkembangan atau khabar gembira yang diterima.
“Adalah besar harapan penjawat awam sekiranya kerajaan dapat mempertimbangkan pandangan dan keluhan kumpulan yang selama ini memberi sokongan yang penuh kepada agenda serta aspirasi kerajaan,” kongsinya.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Amreel Iman Abd Malek)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Lokal

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd