Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tertimbus Runtuhan Tebing Sungai, Dua Lelaki Maut Melombong Emas Di Jeli

Dua lelaki dilaporkan maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tebing sungai setinggi kira-kira dua meter ketika dipercayai menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, malam tadi.

Dua lelaki maut tertimbus

Memetik laporan Berita Harian, dalam kejadian sekitar jam 8.20 malam itu, seorang lagi individu dilaporkan terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan mangsa tertimbus sebelum sembilan anggota dari BBP Jeli digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Bagaimanapun, operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan ladang berikutan laluan sempit serta mencabar dan terpaksa menggunakan pikap Toyota Hilux untuk masuk ke lokasi kejadian,” katanya.

Artikel lain: Tertimbus Runtuhan Kuari: Jasad Pemandu Jengkaut Ditemui Selepas Empat Hari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, mangsa pertama berjaya ditemukan pada jam 9.25 malam, manakala mangsa kedua ditemui pada jam 11.18 malam.

“Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan sebelum mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Hazira Ahmad Zaidi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd