Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Coldplay Ini Antara Kumpulan Yang Sokong Palestin..”- Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kumpulan muzik tersohor antarabangsa Coldplay antara pihak yang menyokong Palestin.

Anwar Ibrahim bagaimanapun akan berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berhubung keperluan untuk meneruskan penganjuran konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung pada esok, 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Anwar berkata, hal ini perlu dipandang kerana ada pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin meskipun terdapat pihak menyarankan ia dibatalkan.

“Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin, jadi ada masalah sikit saya nak beritahu, dalam kerajaan yang lepas telah luluskan (konsert) juga. Saya akan bincang dengan mufti (berhubung) keadaan ini.
“Kerana ada pelobi dari gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan kepada pejabat saya mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.
“Oleh kerana ada beberapa isu lain yang tidak kita bersetuju, itu saya akan bincang semula,” katanya.

Coldplay Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian kerajaan dalam penganjuran konsert berkenaan, memandangkan Luqman meminta supaya penganjuran konsert itu tidak diteruskan kerana disifatkan sebagai melalaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Luqman, band asal United Kingdom (UK) yang menyokong kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) itu jelas bertentangan dengan nilai murni serta budaya Malaysia.

Katanya lagi, acara itu bukan sahaja melalaikan bahakan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat di negara ini.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat beberapa pihak konsert Coldplay Music of the Spheres World Tour menggesa ia dibatalkan.

Coldplay Anwar Ibrahim

Artikel lain: Penganjur Konsert Coldplay Di Malaysia Mohon Penonton Berhemah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Konsert Coldplay Perlu Dibatalkan, Hormat Sensitiviti Isu Palestin! – MUIS

Ia bagi menghormati situasi semasa yang berlaku di Gaza, Palestin. Malah, ia juga dilakukan bagi tujuan mencegah berlakunya perbuatan tidak senonoh seperti mana pernah dilakukan kumpulan pop rock, The 1975 sebelum ini berulang lagi.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd