Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

China Sedia Jalin Kerjasama Bina Komuniti China-Malaysia – PM Li Qiang

Kerajaan China memaklumkan bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk menyelaraskan strategi pembangunan, mempereratkan kerjasama yang boleh mendatangkan manfaat dan meningkatkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun.

Menurut satu laporan Bernama, Perdana Menteri China Li Qiang berkata, China bersedia mempromosikan pembinaan komuniti China-Malaysia dan memberi sumbangan besar kepada keamanan, kestabilan, pembangunan, dan kemakmuran rantau ini serta ke peringkat antarabangsa.

Foto: Bernama

“Pada masa ini, China sedang memajukan pemodenan warga China secara menyeluruh melalui pembangunan berkualiti tinggi.
“Malaysia, di pihaknya, mempromosikan pembangunan negara di bawah visi Malaysia MADANI. China bersedia bekerjasama dengan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk lawatan rasminya selama tiga hari ke Malaysia bermula pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Li juga berkata, hubungan China-Malaysia telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik sepanjang penubuhan hubungan diplomatik sejak 50 tahun yang lalu, sekali gus membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan memberikan sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan di rantau ini.

“Kami telah mengukuhkan kepercayaan strategik bersama, memperhebatkan pertukaran antara rakyat, dan mencapai hasil yang memberangsangkan dalam kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi.
“Malaysia adalah ekonomi memuncul yang utama di Asia, ahli utama ASEAN, dan mempunyai peranan penting untuk kemakmuran serta kestabilan serantau,” ujarnya.

Foto: Berita Harian

Sementara itu, Li turut berkata bahawa beliau berbesar hati atas undangan lawatan rasmi ke Malaysia tersebut dan ‘menantikan’ untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta bertemu dengan Perdana Menteri Anwar untuk membincangkan secara mendalam mengenai pembinaan komuniti dan mempereratkan kerjasama strategik.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, saya ingin menyampaikan salam mesra dan ucap selamat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.
“Saya juga akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia dan Tahun Persahabatan China-Malaysia,” tambah beliau lagi.

Untuk makluman, hubungan diplomatik China-Malaysia terjalin selepas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dengan Perdana Menteri China ketika itu Chou En Lai menandatangani Kenyataan Bersama pada 31 Mei 1974.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Bernama

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Politik

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam...

Nasional

Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur bawah tanah menerusi penganjuran Trenchless Asia 2025, persidangan dan pameran antarabangsa yang mengetengahkan teknologi tanpa korekan...

Dunia

Proses pemilihan Paus baharu dimulakan di Vatican hari ini dengan dijadualkan seramai 133 kardinal akan berkumpul di Gereja Kecil Sistine bagi mengikuti pemilihan tersebut....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd