Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tabung Haji Sambut Baik Pendedahan RCI, Komited Laksana Semua Syor Dikemukakan

Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu kepada umum, sambil menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan sepenuhnya semua syor yang dikemukakan.

TH sudah laksana 75 peratus daripada syor RCI

Dalam satu kenyataan hari ini, TH memaklumkan bahawa syor-syor RCI berkenaan melibatkan perkara yang berlaku sebelum tahun 2018 dan sejak itu pelbagai langkah pembaharuan telah dilaksanakan bagi memperkukuh tadbir urus serta prestasi institusi tersebut.

“TH telah melaksanakan 75 peratus daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi ini. Selebihnya kini sedang dalam proses pelaksanaan, ujarnya.

Kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus

Menurut TH, usaha penambahbaikan yang dilaksanakan turut menyaksikan kedudukan kunci kira-kira institusi itu berjaya dipulihkan, selain rizab kewangan diperkukuhkan.

Malah, TH turut merekodkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, iaitu yang tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TH juga memaklumkan pihaknya berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang untuk tempoh tiga tahun berturut-turut sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kebajikan bakal jemaah.

Dalam kenyataan sama, TH menegaskan komitmen untuk terus melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan keyakinan awam serta memastikan institusi itu terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.

Terdahulu, Jemaah Menteri bersetuju untuk mengklasifikasikan semula dan mendedahkan Laporan RCI Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020 kepada umum selepas menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyatakan laporan itu juga akan dibentangkan dan dibahaskan dalam satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat, manakala siasatan lanjut berdasarkan dapatan RCI akan diteruskan oleh badan-badan penguat kuasa sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Tabung Haji

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd