Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Cetus Perdebatan! Indonesia Tak Jadi, Tarik Balik Cadangan Levi Selat Melaka

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat Singapura, selepas ia mencetuskan perdebatan hangat berkaitan implikasi undang-undang serta sensitiviti geopolitik serantau.

Cadangan itu sebelum ini dikaitkan dengan pendekatan seperti Iran yang dilaporkan mempertimbangkan caj terhadap kapal yang melalui Selat Hormuz ketika ketegangan di rantau berkenaan meningkat.

Bagaimanapun, Purbaya menegaskan Indonesia tidak akan mengeksploitasi laluan perairan antarabangsa semata-mata untuk menjana pendapatan negara, selain mengakui terdapat batasan undang-undang serta pertimbangan hubungan diplomatik yang perlu dipatuhi.

“Jika difikirkan secara teori memang boleh, tetapi realitinya tidak semudah itu,” katanya dalam satu simposium kewangan di Jakarta.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang cadangan berkaitan caj laluan kapal di Selat Melaka perlu mendapat persetujuan bersama Malaysia dan Singapura sebagai negara pesisir utama yang berkongsi kepentingan strategik di laluan berkenaan.

Selat Melaka yang sepanjang kira-kira 900 kilometer merupakan antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia, menghubungkan perdagangan utama antara Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara tradisinya, laluan itu tertakluk kepada prinsip kebebasan navigasi di bawah undang-undang antarabangsa, dengan kerjasama tiga negara pesisir iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura dalam memastikan keselamatan serta kelancaran trafik perkapalan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Singapura menegaskan bahawa keselamatan di Selat Melaka dan Selat Singapura bergantung kepada kerjasama antarabangsa yang berterusan serta komitmen untuk memastikan laluan kekal terbuka.

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan pula menegaskan bahawa prinsip transit bebas merupakan hak semua negara dan tidak boleh dijadikan alat sekatan atau caj oleh mana-mana pihak.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama tiga negara pesisir dalam memastikan laluan strategik itu kekal stabil, terbuka dan tidak terjejas oleh ketegangan geopolitik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Rizab Berskala Gergasi! Syarikat Itali Dedah Penemuan Besar Gas Asli Di Indonesia

Sementara itu, Indonesia mengulangi pendiriannya untuk kekal dengan dasar luar “bebas dan aktif”, selain tidak berpihak kepada mana-mana blok kuasa dalam isu antarabangsa.

Menteri Luar Indonesia, Sugiono berkata sebarang kerjasama pertahanan dengan kuasa luar tetap tertakluk kepada kepentingan kedaulatan negara serta prosedur dalaman republik itu.

Walaupun cadangan levi tersebut mencetuskan perhatian luas, Jakarta kini menegaskan ia tidak bercadang untuk mengkomersialkan laluan perairan antarabangsa, sebaliknya mengekalkan pendekatan diplomasi, kerjasama serantau dan pematuhan kepada undang-undang laut antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber:  Sinar Harian (Muhammad Shamsul Abd Ghani)

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd