Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Ceroboh Padang? UEFA Bakal Hukum Kanak-Kanak ‘Selfie’ Bersama Ronaldo

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dilaporkan akan mengambil tindakan tegas ke atas kanak-kanak bawah umur yang berlari ke padang dan mengambil swafoto dengan Cristiano Ronaldo semasa perlawanan berlangsung pada hari Sabtu lalu.

Menurut satu laporan Exspress.co.uk, UEFA dilaporkan berkata, kanak-kanak lelaki berkenaan dilarang daripada masuk ke dalam stadium bagi semua perlawanan berikutnya sepanjang Euro 2024.

Foto: Media Sosial

“Insiden itu berlaku semasa Portugal menang 3-0 ke atas Turki di Westfalenstadion Dortmund.
“Seorang budak lelaki memakai baju berwarna merah berjalan ke bulatan tengah, mengeluarkan telefonnya dan merakam foto itu ketika Ronaldo tersenyum membongkok untuk masuk ke dalam bingkai,” katanya.

UEFA juga berkata, kanak-kanak tersebut kemudiannya bertindak memecut untuk mengelak daripada beberapa orang penjaga tetapi dia berjaya ditangkap dan dibawa keluar dari stadium, manakala gambar itu telah disiarkan di dalam media sosial selepas permainan yang kemudian menjadi tular dengan cepat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

Bagaimanapun, UEFA telah menyatakan bahawa sebarang pencerobohan masuk ke kawasan padang akan dikenakan hukuman yang berat yang mana biasanya pelaku akan dikenakan kesalahan jenayah, tetapi memandangkan umur kanak-kanak itu masih di bawah umur, maka dia tidak akan didenda sedemikian.

“Sebarang pencerobohan ke dalam padang merupakan pelanggaran peraturan stadium dan akan mengakibatkan penyingkiran dari stadium, larangan daripada semua perlawanan kejohanan dan pemfailan aduan jenayah rasmi untuk pencerobohan.
“Tiada tanggungjawab jenayah untuk bawah 12 tahun, namun orang dewasa yang menemani tetap bertanggungjawab memastikan kanak-kanak mematuhi peraturan stadium mengikut terma dan syarat tiket,” tambahnya.

Foto: Media Sosial

Untuk makluman, selepas kanak-kanak itu berjaya mengambil swafoto bersama Cristiano Ronaldo, seramai lima orang lagi peminatnya berlari masuk ke padang pada separuh masa kedua sehingga menyebabkan pemain terbabit berasa marah dengan situasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Exspress.co.uk (Charlie Gordon)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Nasional

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa tidak melibatkan institusi itu. Ketua...

Lokal

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space yang didakwa mengandungi unsur berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd