Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Enggan Bebankan Rakyat, Kuota BUDI95 Tak Akan Dikurangkan Ikut Kelas Pendapatan

Kerajaan tidak akan membebankan rakyat dengan mengurangkan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan bagi mengelakkan tekanan tambahan terhadap perbelanjaan isi rumah.

Menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata keutamaan kerajaan ketika ini ialah menganalisis data yang dikumpul sejak pelaksanaan program BUDI95 bagi menilai keberkesanannya.

BUDI95 tak akan dikurangkan

BUDI95 tak akan dikurangkan

“Kita perlu menganalisis data terlebih dahulu bagi mengenal pasti sebarang penggunaan luar biasa yang berpotensi sebelum mempertimbangkan perubahan terhadap parameter.
“Ia merupakan satu perubahan yang besar buat negara, justeru kami tidak ingin melakukan terlalu banyak pelarasan dalam tempoh jangka pendek,” katanya semasa sesi sembang santai bertajuk Balancing growth, fiscal and the global pada Hari Korporat Tahunan Malaysia ke-18 anjuran CGS International di sini hari ini.

Bagi kuota 300 liter BUDI95, beliau berkata data kerajaan menunjukkan purata penggunaan kira-kira 83 liter sebulan, dan 90 peratus penerima menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.

Artikel lain: BUDI95 Bantu Kurangkan Tekanan Ekonomi Nelayan, Tingkat Kecekapan Aktiviti Tangkap Ikan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Johan Mahmood berkata kerajaan buat masa ini tidak akan melaksanakan program subsidi yang lebih bersasar mengikut kelas pendapatan meskipun terdapat cadangan untuk mekanisme lebih tepat.

“Kita perlu menumpukan usaha untuk menghapuskan kebocoran terlebih dahulu sama ada daripada pengguna warga asing atau syarikat yang mengunakan bahan api bersubsidi, dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memanfaatkan BUDI95, daripada terlibat dalam perdebatan panjang.
“Sama ada kita perlu mewujudkan mekanisme berperingkat, contohnya individu berpendapatan melebihi RM20,000 tidak lagi menerima manfaat ini, perkara itu tidak dibincangkan buat masa ini, “ katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd