Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BUDI95 Bantu Kurangkan Tekanan Ekonomi Nelayan, Tingkat Kecekapan Aktiviti Tangkap Ikan

Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menyambut baik langkah kerajaan memperluaskan kelayakan subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada golongan nelayan, bagi kurangkan tekanan ekonomi susulan kenaikan kos bahan api.

Menurut laporan Free Malaysia Today, pengerusinya, Abdul Hamid Bahari, berkata langkah itu bukan sahaja membantu meringankan beban kos operasi harian nelayan, tetapi juga mampu meningkatkan kecekapan dan kelangsungan aktiviti penangkapan ikan, sekali gus menjamin bekalan hasil laut negara kekal stabil.

Kurangkan tekanan ekonomi

Kurangkan tekanan ekonomi

“Langkah ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan komuniti nelayan yang merupakan antara kelompok utama dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan laut negara.
“Nekmat akan terus menyokong dasar kerajaan yang memihak kepada kepentingan nelayan serta bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan dalam memastikan sektor perikanan negara terus mampan dan berdaya saing,” katanya.

Bukan itu sahaja, Hamid memaklumkan Nekmat turut menyambut baik langkah kerajaan memuktamadkan data tambahan melibatkan pengguna bot tanpa lesen di negeri lain, khususnya Sabah dan Sarawak agar tiada nelayan tercicir menerima manfaat subsidi.

Artikel lain: Rezeki Rakyat! Penerima STR Syukur Nikmati Budi95, Jimat Walaupun Turun Enam Sen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kurangkan tekanan ekonomi

Semalam, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa lebih 31,000 nelayan dan pemilik bot persendirian di seluruh negara layak menikmati subsidi BUDI95, sebagai langkah membantu golongan itu menampung kenaikan kos bahan api dan memastikan sektor perikanan terus berdaya saing.

Pada 30 September lalu, harga RON95 dikurangkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 yang akan memberi manfaat kepada lebih 16 juta rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata  semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan.

Sumber: Free Malaysia Today (Anne Muhammad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd