Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buang Bayi: Ibu Empat Anak Direman, Suami Dalam Pusat Serenti

Seorang wanita direman hingga Rabu bagi membantu siasatan susulan kes buang bayi perempuan di sebuah kedai makan di Sanglang, Kangar, Perlis pada 19 Januari lalu.

Ibu ditahan kes buang bayi

Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Simpang Empat kira-kira jam 2.55 pagi Isnin.

buang bayi

Foto: FB ShaZwany Zamri

Yusharifuddin berkata, wanita itu tinggal bersama empat anaknya yang masih kecil manakala suami pula berada dalam tahanan di sebuah Pusat Tahanan Serenti.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sekeping kad SIM telefon, gunting, cadar serta sampel uri yang sudah pun dibakar oleh suspek,” katanya hari ini.
buang bayi

Foto: FB ShaZwany Zamri

Artikel lain: Bayi Maut: Taska Tidak Berlesen Diarahkan Tutup, Disita

Beliau memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 29 tahun itu mengaku terbabit dengan kejadian tersebut.

“Suspek berkata, dia melahirkan seorang bayi perempuan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa dalam tandas sebuah rumah di Jalan Tok Pulau, Kampung Permatang Kersek di Simpang Empat pada 18 Januari sekitar pukul 6.30 petang.
“Kira-kira 10 jam kemudian, suspek pergi ke sebuah kedai makan di Kampung Rama, Sanglang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning milik rakannya dan meninggalkan bayi yang baharu dilahirkan di premis berkenaan,” ujarnya.
buang bayi

Foto: FB ShaZwany Zamri

Difahamkan, bayi tersebut dalam keadaan sihat dan masih dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar selain berada di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Sumber: Majoriti (Farah Ayuni Zulkefli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd