Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bersama Profesor Emeritus Dr. Erik Knudsen, UPSI Perkasa Industri Kreatif Bertaraf Dunia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jaringan akademik dan industri kreatif antarabangsa menerusi Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen 2026 yang berlangsung selama lima hari bermula 15 hingga 19 Jun lalu.

Program anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) itu menampilkan Profesor Emeritus Dr. Erik Knudsen dari University of Lancashire, United Kingdom, yang merupakan pengarah filem, penyelidik dan akademik bertaraf antarabangsa dengan pengalaman lebih empat dekad dalam industri kreatif di Eropah dan Hollywood.

Jawatankuasa pelajar FBK UPSI menyambut ketibaan Profesor Emeritus Dr. Erik Knudsen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memulakan Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen Di Fakulti Bahasa Dan Komunikasi 2026

Sepanjang program tersebut, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk syarahan akademik, bengkel kreatif, klinik penyelidikan, lawatan industri serta program penglibatan komuniti yang memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah UPSI.

Antara pengisian utama ialah syarahan bertajuk Fear Eats the Soul: Transcending Barriers in Filmmaking yang memberi pendedahan mengenai dunia pembikinan filem, seni penceritaan kreatif serta penyelidikan berasaskan amalan kepada warga universiti.

Peserta dan penganjur bergambar selepas sesi penyampaian penghargaan sempena Syarahan Utama “Fear Eats the Soul: Transcending Barriers in Filmmaking” yang berlangsung di UPSI.

Dalam sesi itu, Dr. Erik turut berkongsi pengalaman luasnya dalam industri kreatif antarabangsa selain menekankan kepentingan menghasilkan karya yang autentik, relevan dan mampu memberi impak kepada masyarakat.

Program berkenaan turut membawa beliau ke Kampung Menderang, Sungkai bagi meninjau potensi ekopelancongan dan keusahawanan komuniti yang dibangunkan menerusi projek SULAM di bawah subjek Komunikasi Korporat, Jabatan Komunikasi dan Media UPSI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Profesor Emeritus Dr. Erik Knudsen bergambar bersama pelajar selepas sesi bengkel “Finding the Personal Voice: Creativity and Story” yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembikinan filem dan seni penceritaan visual.

Lawatan tersebut merangkumi pameran produk usahawan tempatan, kunjungan ke Kampung Orang Asli Tisong, lawatan ke ladang madu kelulut Kampung Menderang serta BMS Campsite yang menjadi antara tarikan pelancongan komuniti di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin turut hadir bagi mempromosikan potensi Kampung Menderang kepada delegasi UPSI dan tetamu antarabangsa yang terlibat dalam program tersebut.

Profesor Emeritus Dr. Erik Knudsen bersama warga FBK UPSI dan komuniti Kampung Menderang, Sungkai bersama YB Salina binti Samsudin, Ahli DUN Behrang semasa lawatan ekopelancongan yang mengetengahkan keunikan budaya, produk tempatan dan hasil pertanian komuniti.

Penganjur memaklumkan program itu bukan sahaja membuka peluang kepada komuniti setempat memperkenalkan produk dan tarikan pelancongan mereka kepada khalayak lebih luas, malah membolehkan mereka memperoleh pandangan daripada pakar industri kreatif antarabangsa mengenai strategi penceritaan dan penjenamaan destinasi.

Selain aktiviti di UPSI, Dr. Erik turut mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta muncul sebagai panel jemputan dalam program Bernama TV yang membincangkan topik Generative AI: Friend or Foe to the Independent Filmmaker?

Profesor Emeritus Dr. Erik Knudsen menerima sambutan daripada Timbalan Naib Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Raja Nor Safinas binti Raja dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UPSI sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau sepanjang Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen Di Fakulti Bahasa Dan Komunikasi 2026

Program berkenaan dilihat berjaya memperkukuh hubungan akademik antara UPSI dan institusi antarabangsa, selain memperkasa pembangunan bakat kreatif dalam kalangan pelajar serta pensyarah.

Pada masa sama, lawatan tersebut turut membantu mengetengahkan Kampung Menderang sebagai destinasi ekopelancongan komuniti yang berpotensi untuk terus berkembang, malah berupaya menjadi lokasi penggambaran bertaraf antarabangsa pada masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd