Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Berita MP Kepala Batas Dakwa Guang Eng ‘Sepupu’ Lee Kuan Yew Sampai Ke Singapura

Tindakan MP Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guang Eng ada hubungan kekeluargaan dengan Lee Kuan Yew dan Chin Peng nampaknya menjadi isu hangat dalam dunia politik minggu ini.

Pihak Lim Guang Eng telah membuat satu sidang media memberikan 48 jam kepada MP Kepala Batas itu untuk mengemukan bukti berhubung dakwaan yang diucapkan pada 4 November 2023 di Kemaman tempoh hari.

Berita dah sampai Singapura

Ternyata, dakwaan yang dibuat oleh Siti Mastura telah sampai ke media Singapura apabila The Straits Times telah mengeluarkan berita berhubung kenyataannya dalam artikel mereka.

MP Kepala Batas

Malu juga berita MP Kepala Batas sampai ke negara jiran

Pastinya isu tersebut sedikit sebanyak memberi tanggapan negatif kepada negara lebih-lebih lagi jika ia terus tular di media sosial memandangkan belum ada sebarang penjelasan daripada pihak MP Kepala Batas berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MP Kepala Batas belum jawab

Menerusi video yang dikongsi Malaysiakini, Siti Mastura juga dilihat enggan menjawab pertanyaan berkaitan dakwaan yang dibuat apabila disoal oleh beberapa MP DAP sewaktu di parlimen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ada Hubungan Keluarga Dengan Chin Peng? Guan Eng Minta MP PAS Kemuka Bukti

Terdahulu, Guan Eng yang juga merupakan  bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pihaknya menganggap tuduhan Siti Mastura itu adalah satu fitnah jahat.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya mempunyai sebarang hubungan kekeluargan dengan semua nama yang MP Kepala Batas telah sebutkan.

Tak pasti, jangan kongsi!

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, YB Teo Nie Ching juga telah memuat naik video memberi penjelasan berhubung isu tersebut dan meminta agar MP berkenaan bertanggungjawab diatas kenyataannya serta memberi pesanan supaya tidak berkongsi apa-apa yang sendiri tidak pasti kesahihannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Straits Times, Facebook Malaysiakini, Teo Nie Ching

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan pelakon popular Hollywood, Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley tampil berpakaian sopan serta menutup aurat ketika lawat masjid telah berjaya raih pujian peminat. Menerusi hantaran...

Dunia

Amaran mengenai fenomena  ribut solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan telah dikeluarkan oleh beberapa orang saintis dan dijangka cukup kuat. Mungkin...

Spotlight

Video penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan suami barunya, Tiko Aryawardhana di ‘after party’ usai dari majlis resepsi perkahwinan mereka telah tular ...

Dunia

11 pendaki ditemukan maut susulan letusan Gunung Berapi Marapi di Sumatera Barat dan tiga lagi pendaki ditemukan selamat oleh penyelamat Indonesia. Menurut laporan Reuters,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.