Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ada Hubungan Keluarga Dengan Chin Peng? Guan Eng Minta MP PAS Kemuka Bukti

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng minta MP PAS Siti Mastura Muhammad kemuka bukti beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Lee Kuan Yew dan Chin Peng.

Guan Eng minta MP PAS kemuka bukti

Guang Eng

Foto: Utusan

Artikel lain: Lim Guan Eng Cadang Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Pada Tahun 2030

Ahli Parlimen Bagan itu berkata demikian dalam satu sidang media di pusat media Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini susulan dakwaan Siti Mastura dalam ucapannya di Kemaman pada 4 November lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, beliau berkata Ahli Parlimen(MP) Kepala Batas itu diberi tempoh sehingga Khamis ini untuk mengemukan bukti tersebut.

Mastura dakwa Lim Guang Eng ada hubungan keluarga dengan Kuan Yew

Sebelum ini, Siti Mastura mendakwa Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Kuan Yew dan pemimpin komunis, Chin Peng, lapor Berita Harian.

Selain itu, Siti Mastura juga mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng dengan pemimpin DAP lain iaitu Terese Kok, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Susulan kenyataan itu, Guan Eng berkata, jika pihak Siti Mastura gagal mengemukakan bukti terhadap dakwaan tersebut, beliau akan mengambil tindakan seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya memberikan peluang kepada Kepala Batas untuk menunjukkan bukti, kalau tidak dapat buktikan kita akan ambil tindakan seterusnya, membabitkan semua tindakan yang perlu diambil.
“Kita tunggu selepas Khamis, jika tiada bukti mengenai hubungan kekeluargaan, kita akan mengambil tindakan seterusnya. Pihak berkuasa tidak boleh mengambil ringan kerana ia boleh memecahbelahkan rakyat,” katanya.

Terdahulu, video ucapan Siti Mastura yang berdurasi 46 minit 51 saat itu dimuat naik ke media sosial dan memaparkan MP Kepala Batas itu menuduh bapa Guan Eng, Lim Kiat Sing adalah sepupu kepada Chin Peng.

Guang Eng, mastura

Foto: Free Malaysia Today

Selain itu, Siti Mastura juga menuduh Kuan Yew merupakan sepupu kepada Kit Siang disamping mengaitkan isteri Guan Eng ada talian kekeluargaan dengan Teresa.

Lim Guang Eng nafi, tuduhan Mastura satu fitnah jahat!

Dalam pada itu, Guan Eng yang juga merupakan  bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pihaknya menganggap tuduhan Siti Mastura itu adalah satu fitnah jahat.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya mempunyai sebarang hubungan kekeluargan dengan semua nama yang MP Kepala Batas telah sebutkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tiada hubungan keluarga dengan Anthony, Teresa, Kor Ming dan Koo Ham ataupun Kuan Yew dan Chin Peng. Saya ingin tegaskan di sini bahawa dapat kita lihat permainan ekstremisme perkauman dan fitnah dibuat PAS.
“Lihat nada suaranya (dalam video), merendah-rendahkan kami. Secara peribadi saya rasa ia tidak patut berlaku dalam sebuah negara. Elakkanlah tindakan melampau seperti ini yang mencerminkan politik perkauman dan ekstremis dimainkan pemimpin PAS,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditemui di Parlimen, Siti Mastura berkata pihaknya tidak akan memberikan sebarang maklum balas sebelum meneliti video tersebut.

“Biar saya tengok dulu video (ucapannya) sampai habis ya. Saya tidak mahu jawab soalan yang tidak tahu fakta,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sukan

Dunia bola sepak dikejutkan dengan pemergian tragik bintang Liverpool, Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan kereta di utara Sepanyol pada usia 28 tahun dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd