Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Berhenti Mempolitikkan Isu Pengampunan Dato’ Sri Najib -Khaled Nordin

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa meneruskan himpunan Solidariti Najib pada 6 Januari 2025 ini sebagai pemain ‘politik tanpa moraliti’ kerana membelakangi nasihat pihak berkuasa.

Jelas beliau dalam kenyataannya, UMNO akur dengan hikmah diraja dan sentiasa akan bertindak secara berpelembagaan apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan untuk semua pihak menghormati kuasa prerogatif baginda dalam memberi pengampunan.

Walau bagaimanapun, Khaled memaklumkan masih ada pihak yang menjadikan proses pengampunan Dato’ Sri Najib itu sebagai satu modal politik buat mereka.

Ujar beliau, bersolidariti secara bermusim ini cukup memualkan lebih-lebih lagi jika mengenang segala nista yang pernah mereka lemparkan terhadap mantan Presiden UMNO tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika agama dan kaum pun dijadikan komoditi politik oleh kumpulan tersebut, inikan pula kes Dato’ Sri Najib.
“Bagi mereka, moral, undang-undang, perlembagaan, keamanan negara, perpaduan nasional serta keharmonian beragama, semua itu bukan asbab untuk mereka berpolitik. Semua itu, tersedia untuk dieksploitasi demi ‘optik’ politik, tidak lebih dari itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khaled turut menjawab persoalan ramai tentang tindakan UMNO yang tidak pernah ‘memutuskan hubungan’ dengan Najib.

Ujar beliau, UMNO merupakan parti yang setia dengan bekas presidennya dan sangat menghargai jasa yang telah diberikan kepada bangsa serta negara.

“Apa jua kekurangan dan kelemahan, justeru jika ada kesalahan sekalipun, tidak akan dapat mengatasi lautan darmabaktinya pada tanah air dan bangsa.
“Dan UMNO tidak akan meminggirkan mereka yang bersetia dengannya. Apalagi pada seorang bekas Presidennya.
“Maka demikianlah UMNO dalam persahabatannya dengan Dato’ Sri Najib,” jelas beliau.

Susulan daripada itu, beliau menegaskan bahawa  Iltizam UMNO memperjuangkan keadilan bagi Dato’ Sri Najib adalah nyata dan tidak akan terhenti.

Namun begitu, ia akan tetap dilakukan secara perlembagaan dan tidak akan tersasar dari proses undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd