Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

5 Lelaki Dicekup! Tunjuk Lagak ‘Bergasak’ Dalam Balai Polis

Lima lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di Balai Polis Meru, Klang pada Isnin lalu yang turut mencetuskan kekecohan di dalam premis berkenaan.

Bergaduh dalam balai polis

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Klang Utara, Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao menyatakan kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam ketika tiga lelaki hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis sebelum lima individu lain tiba dan berlaku perbalahan antara kedua-dua pihak.

“Dalam kejadian itu, seorang daripada kumpulan lima lelaki terbabit memukul pengadu menggunakan sebatang besi. Kekecohan turut menyebabkan sebuah televisyen di balai polis mengalami kerosakan sebelum semua suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, hasil tindakan pantas pihak polis, lima lelaki berusia antara 28 hingga 41 tahun berjaya ditahan bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak,” katanya.

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua mereka direman selepas bergaduh dalam balai polis

Kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 427 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

Semua suspek direman selama tiga hari sehingga 5 Mac untuk membantu siasatan lanjut, manakala polis kini giat mengesan beberapa lagi individu yang sudah dikenal pasti.

balai polis

Artikel lain: Isu Tudung Punca Peniaga Dan Pengawal Keselamatan Bergaduh Di Masjid

Vijaya menegaskan pihaknya memandang serius kejadian tersebut kerana ia membabitkan gangguan ketenteraman di balai polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis Daerah Klang Utara

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd