Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Tudung Punca Peniaga Dan Pengawal Keselamatan Bergaduh Di Masjid

Satu insiden pergaduhan melibatkan seorang peniaga dan seorang pengawal keselamatan tercetus di perkarangan Masjid Selat Melaka pada Selasa lalu, dipercayai berpunca daripada salah faham berkaitan pemakaian tudung oleh isteri peniaga berkenaan.

Pengadu tidak memakai tudung, hanya pakai sweater

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku sekitar jam 3.20 petan itu tular di media sosial selepas rakaman video pertengkaran berkenaan dimuat naik oleh orang awam.

tudung

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa lelaki berusia 47 tahun dari Kuala Lumpur itu datang ke masjid bersama isterinya untuk menunaikan solat Zohor.

Artikel lain: Jiran Warga Emas Bergaduh Sudah Berbaik, Duduk Bersama Saling Bermaafan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, ketibaan mereka dikatakan mencetuskan teguran daripada seorang pengawal keselamatan masjid yang mempersoalkan pemakaian isteri lelaki tersebut yang didakwa tidak memakai tudung.

Menurut pengadu, isterinya telah menutup kepala menggunakan jaket jenis sweater.

Teguran tersebut kemudiannya mencetuskan pertengkaran mulut yang memuncak apabila kedua-dua pihak dilaporkan saling meninggikan suara, sebelum berlakunya insiden tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk.

Pengadu turut dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian bahu akibat kejadian itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada salah faham antara kedua-dua pihak. Pengadu juga memaklumkan bahawa ini merupakan kali ketiga dia berkunjung ke masjid berkenaan, dan pada setiap kunjungan, dia mendakwa ditegur oleh pengawal keselamatan yang sama,” katanya.

tudung

Walaubagaimanapun, selepas laporan polis dibuat, pengadu mengambil keputusan untuk menarik balik laporan tersebut dan bersetuju menyelesaikan isu berkenaan secara baik

“Kes ini kini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd