Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sukan SEA 2025: Berat Bawa Emas, Harap Kerajaan Bayar Lebihan Bagasi – Seloroh Tengku Arif Bendahara Pahang

Berat Bawa Emas

“Satu sejarah juga buat kami sekeluarga.”

Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah susulan kemenangan berharga pasukan polo negara menewaskan tuan rumah, Thailand, dalam final acara four-to-six goals pada temasya Sukan SEA.

Kejayaan itu lebih bermakna apabila skuad negara diwakili anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, sekali gus mengulangi nostalgia kegemilangan keluarga diraja Pahang dalam arena sukan berprestij serantau.

Berat Bawa Emas, Harap Kerajaan Bayar Lebihan Bagasi

Mengimbau kembali pencapaian baginda yang pernah memenangi pingat emas pada Sukan SEA 1983, Al-Sultan Abdullah bertitah kejayaan terbaharu itu membuka ruang untuk mengenang kembali ‘cerita lama’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baginda juga berharap prestasi cemerlang pasukan dapat dikekalkan bagi mempertahankan pingat apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada 2027.

“Ia hari yang cukup memberangsangkan dan bertuah kita dapat berjaya.
“Saya mengucapkan tahniah kepada anakanda saya dan seluruh pasukan.
“Nasib memihak kepada kita. Kita bermain dengan sangat baik penuh dengan strategi. Tak banyak kesilapan yang dilakukan.
“Alhamdulillah, dia menunaikan kewajiban sebagai peserta dalam Sukan SEA membawa pulang pingat emas,” titah baginda.

Dalam suasana penuh ceria itu, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah turut berkongsi seloroh mengenai kejayaan berkenaan.

“Saya harap kerajaan Malaysia dapat belanja membiayai harga lebihan had sewaktu ‘check-in’ bagasi di lapangan terbang nanti sebab berat bawa balik emas,” katanya berseloroh.

Terdahulu, pasukan polo negara turut mencatat kejayaan apabila merangkul pingat gangsa dalam acara four-to-two goals, minggu lalu, sekali gus mengesahkan prestasi konsisten skuad negara dalam temasya kali ini.

Sumber: Astro Arena (Najmi Iman), X  amalnizamm

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd