Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas TPR Dilantik Sebagai Peguam Baharu Ibu Bapa Zayn Rayyan

Bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Fahmi Abd Moin dilaporkan akan mewakili ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan reman polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan.

Menerusi satu laporan Buletin TV3, Fahmi berkata, pihak keluarga ibu bapa allahyarham Zayn Rayyan sudah melantiknya sebagai peguam baharu untuk mewakili pasangan berkenaan.

Foto: Scoop

“Saya dilantik untuk mewakili mereka berdua (ibu bapa Zayn). Insya-Allah saya akan hadir (prosiding di mahkamah Jumaat ini),” katanya.

Sementara itu, datuk allahyarham, Zahari Mohd Reba turut mengesahkan pelantikan Fahmi tersebut sebagai peguam baharu bagi mewakili pasangan berusia 28 tahun tersebut yang kini dalam tahanan reman pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo

Sebelum ini, peguam Mahmud Abdul Jumaat dari firma guaman Tetuan Emir Mahmud & Co yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan dilaporkan telah menarik diri sebagai peguam mereka bermula semalam, 4 Jun.

“Keputusan itu terpaksa dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya,” ujarnya.

Mahmud juga menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat sebarang spekulasi liar mengenai kes berkenaan kerana boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Foto: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Mahmud dilantik keluarga Zayn Rayyan untuk mewakili kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan selepas ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada pagi Jumaat lalu.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd