Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Didakwa Terima Suapan Kenderaan Mewah

Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara terima suapan

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Melaka yang didakwa menerima suapan berupa sebuah kereta mewah jenis Range Rover Sport mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara terima suapan

Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara terima suapan

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, 61, membuat pengakuan itu setelah mendengar pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Menurut pertuduhan, kenderaan itu didakwa diberikan oleh seorang pengarah syarikat subkontraktor sebagai balasan melantik syarikat berkenaan bagi melakukan kerja-kerja Extraction, Transporting and Unloading Sea Sand bagi projek penambakan laut di Melaka.

Difahamkan, projek itu membabitkan kerja-kerja penambakan kawasan seluas 220 ekar di Kota Laksamana, Melaka Tengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara terima suapan

Dalam pada itu, tertuduh, yang juga bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Artikel lain: Pengerusi NGO Di Melaka Disyaki Suspek Utama, Seleweng Dana RM26 Juta – SPRM

Tertuduh diwakili oleh peguam Md Yunos Shariff dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib.

Untuk rekod, mahkamah menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan jaminan sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Shah Alam pada 18 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd