Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Bebas atau Salah? Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Keputusan pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akan diputuskan Mahkamah Tinggi pada Khamis ini.

Nasib Syed Saddiq diketahui esok

Foto: Kosmo Digital 

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid dijadualkan akan membacakan keputusan kes pembelaan tersebut pada jam 9 pagi esok.

Jika keputusan mahkamah memihak kepada pihak pembelaan dan berpendapat Syed Saddiq berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah, beliau akan dibebaskan serta-merta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Selepas Keluar Kerajaan Perpaduan, Syed Saddiq Dakwa Peruntukan Ditarik Balik

Namun begitu, jika sebaliknya dan beliau disabitkan kesalahan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan berdepan hukuman penjara atau denda.

Foto: The Star

Pada 27 September tahun lalu, perbicaraan kes itu ditutup selepas pendakwa memanggil 30 saksi untuk memberikan keterangan. Perbicaraan kes itu bermula pada 21 Jun manakala pendakwaan serta pembelaan selesai berhujan pada 6 Oktober.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara saksi perbicaraan tersebut ialah ibu bapa Syed Saddiq iaitu Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta bekas penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali.

Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali manakala peguam mewakili Syed Saddiq ialah Gobind Singh Deo dan Haijan Omar.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd