Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

BCL Buang Nama ‘Sinclair’ Di Instagram Buat Peminat Sedih

Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari atau BCL menjadi bualan hangat ramai dimana dia sudah ‘buang‘ nama arwah suami, Ashraf Sinclair di laman Instagram.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, sebelum ini penyanyi yang berusia 40 tahun menggunakan nama akaun Instagramnya @bclsinclair, namun telah menukarnya kepada nama baharu iaitu @itsmebcl.

BCL buang nama Sinclair

@ninimihairani

Sudah hilang nama Sinclair disana 😉 BCL sudah ganti username, gak pakai Sinclair lagi.. #bungacitralestari #menikah dengan #tikoaryawardhana #ashrafsinclair #fyp #hotnews . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . #adaafganlyodra #lyodraafgan #afganlyodra lyodra afgan #fypdongggggggg #lyodra #lyodratakdianggap #lyodraego #sangdewi #pesanterakhir #dibandingdia #idol #viral

♬ Tak Dianggap Lyodra – Sadvibes🥀

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Keluarga Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL, Tiko Aryawardhana

Peminat sedih

Menjengah ke ruangan komen, Tindakan BCL telah berjaya menarik perhatian ramai terutamanya dalam kalangan peminat yang majoritinya meluahkan rasa sedih apabila dia menggugurkan nama arwah suaminya.

Hidup mesti diteruskan

Pun begitu, ada juga netizen berpendapat BCL perlu meneruskan kehidupannya tanpa menoleh kebelakang untuk mencari kebahagiaan yang sebenar.

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai BCL dan Tiko, 43, yang dikhabarkan bakal ‘nikah’ pada 2 Disember depan dan majlis pernikahan akan berlangsung di sebuah hotel di Bali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dan staf tersebut menjangkan lokasi pernikahan BCL dan Tiko adalah di KUA Mengwi, Bali.

Sekadar info, BCL dan Allahyarham Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 itu dikurniakan seorang putera, Noah yang kini berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, Allahyarham Ashraf menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Sumber: TikTok @ninimihairani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd