Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bapa Wasiatkan Harta RM69 Juta kepada 10 Badan Kebajikan, Percaya Anak2 Boleh Berdikari

Seorang bapa yang juga ahli perniagaan Singapura, Loh Kiong Poot, 79, mengambil keputusan untuk ‘wasiat’ harta bernilai SG$20 juta (RM69 juta) kepada sepuluh badan kebajikan, lapor AsiaOne.

Wasiat bapa untuk badan kebajikan

Menurut laporan, bapa berkenaan membuat keputusan ‘wasiat harta’ kerana yakin bahawa ketiga-tiga anaknya mampu hidup berdikari selepas dirinya meninggal dunia suatu hari nanti.

Loh juga yakin, kesemua anaknya memiliki aset yang mencukupi buat diri mereka masing-masing dan seterusnya hidup berdikari.

Tambah Loh, wasiat berkenaan telah pun dibuat ketika berusia 50 tahun dan dilaburkan dalam bentuk bon. Namun, dikhaskan ke atas 10 penerima tersebut daripada awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

wasiat bapa

Tinggalkan sedikit harta buat keluarga

Loh bagaimanapun menegaskan dirinya juga meninggalkan sedikit harta berbentuk aset hartanah kepada anak-anak dan isterinya.

“Sudah tentu, saya akan meninggalkan sedikit harta buat mereka (anak-anak) termasuk isteri saya, iaitu beberapa aset hartanah,”ujarnya.

Sebelum ini, Loh dilaporkan sering memberi sumbangan dana kepada badan-badan kebajikan sejak tahun 1990-an lagi.

Pada tahun 2022, Loh juga  telah menyumbangkan kira-kira SG$3 juta (RM10.40 juta) kepada enam buah badan kebajikan.

Loh dilaporkan menyumbangkan kira-kira SG$500,000 (RM1.7 juta) setiap tahun kepada The Straits Times School Pocket Money Fund (STSPMF) sejak tahun 2018 lagi.

wasiat bapa

Beliau juga berazam utuk menjadikan sumbangan dana kepada badan kebajikan sebagai aktiviti tahunannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan, Loh berpegang kepada beberapa prinsip berkenaan harta dalam hidupnya, iaitu percaya setiap manusia dilahirkan tanpa wang dan mereka juga tidak patut meninggal dunia dengan wang tersebut.

“Jika anda memiliki wang yang lebih, kenapa mahu menyimpannya? Jika anda boleh menderma dan membantu orang lain, silakan menderma. Itu prinsip saya,” katanya lagi.

wasiat bapa

Artikel lain: Isteri Tuntut Separuh Harta, Rupanya Semua Aset Achraf Hakimi Daftar Atas Nama Ibu

Sekadar info, Loh telah menceburi industri perniagaan sejak tahun 1974. Namun, mengambil keputusan untuk bersara pada 1990, ketika berusia 47 tahun.

Bapa kepada tiga cahaya mata lelaki ini juga berkongsi mengenai kesusahan hidupnya untuk menyara hidup selepas berhenti sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: AsiaOne

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd