Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Isteri Tuntut Separuh Harta, Rupanya Semua Aset Achraf Hakimi Daftar Atas Nama Ibu

Pemain bolasepak pasukan Magribi dan juga Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi telah menjadi bualan sejak beberapa hari ini apabila isterinya, Hiba Abouk yang menuntut hak sepencarian mendapati pemain itu tidak memiliki sebarang harta meskipun menerima jutaan Euro sebagai pemain profesional.

Memetik laporan dari News 24/7, hal tersebut didedahkan ketika prosiding penceraian pasangan tersebut dimana Hiba Abouk memfailkan penceraian dan meminta separuh daripada aset serta harta dimiliki oleh pemain antarabangsa Maghribi itu.

Semua harta didaftarkan atas nama ibu

Apa yang mengejutkan Hiba dan semua adalah aset dan harta Hakimi telah didaftarkan atas nama ibunya, Fatima.

Kesemua kereta, barang kemas, beberapa buah rumah dan juga pakaian telah dipindah milik kepada ibunya. Tak hanya itu, gaji bulannya yang mencecah jutaan ringgit juga didepositkan ke akaun ibunya sehingga 80 peratus dari jumlah asal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengaku tak bersalah rogol wanita

Difahamkan, isterinya menfailkan penceraian selepas pemain bolasepak itu dituduh atas kes jenayah seksual apabila seorang wanita membuat laporan polis bahawa dirinya dirogol oleh Hakimi di kediaman pemain tersebut sewaktu isteri dan anak-anaknya bercuti di Dubai.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Achraf Hakimi (@achrafhakimi)

Untuk rekod, Hakimi dan Hiba Abouk telah bercinta sejak tahun 2018 dan memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada 2020. Jarak usia mereka begitu ketara apabila pemain itu menikahi isterinya sewaktu berusia 19 tahun manakala wanita berkenaan sudah 30an.

Tindakan Hakimi memindahkan aset dan hartanya ke atas nama ibu tercinta telah dipuji dalam usaha menyelamatkan segala kekayaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, harta sepencarian yang dituntut isteri tetap akan dikira mengikut Islam dan hendaklah diselesaikan mengikut hasil perbincangan serta keputusan mahkamah.

Sumber: Twitter News 24/7

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd