Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Hasutan: Pendakwa Mahu Fail Bantahan Awal Terhadap Permohonan Muhyiddin

Pihak pendakwaan akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin, ketika pengurusan kes berkendan hari ini.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa, pihaknya telah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang itu di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, berhubung kes hasutan anak guamnya pada 4 April.

Bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin

Bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin

Sumber gambar: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk makluman mahkamah, pihak kami telah memfailkan afidavit sokongan dan kami juga akan memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong permohonan tersebut.
“Memandangkan notis permohonan itu masih belum dimeterai, kami memohon agar mahkamah ini menetapkan tarikh pengurusan kes selanjutnya dan memohon agar kehadiran anak guam dikecualikan pada prosiding akan datang,” katanya yang turut dibantu peguam Joshua Tay.

Hakim Muhammad Jamil kemudian menetapkan 29 April ini untuk pengurusan kes selanjutnya dan membenarkan permohonan pembelaan agar kehadiran pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dikecualikan pada prosiding akan datang.

Kes itu pada asanya disebut di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan pada 27 Ogos 2024, sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sini.

Artikel lanjut: “Kerajaan Perlu Nyatakan Dengan Jelas Sama Ada SST Batal Atau Tangguh” – Presiden MCA

Bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin

Muhyiddin, 77, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4 (1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi, Nadia Mohd Izhar dan Abdul Malik Ayob.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melucut hak sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita daripada adik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd