Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bank Rakyat Salur Pembiayaan Mikro RM50 Juta Kepada 1,856 Usahawan Sepanjang Tahun Lalu

Bank Rakyat salur pembiayaan mikro berjumlah lebih daripada RM50 juta kepada 1,856 usahawan dan syarikat perusahaan mikro sepanjang tahun lalu.

Bank Rakyat salur pembiayaan mikro

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, ia membabitkan RM43.5 juta kepada perusahaan Bumiputera, manakala masyarakat Cina menerima pembiayaan sebanyak RM5.4 juta dan masyarakat India sebanyak RM1.04 juta.

Ramanan berkata, sokongan berterusan Bank Rakyat terhadap sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah amat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengantarabangsakan sektor tersebut.

“Ia sebagai agenda utama transformasi ekonomi negara menerusi inisiatif Ekonomi Madani yang dirangka berlandaskan faktor kemasyarakatan, nilai dan norma masyarakat yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada lawatan ke Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bersama Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bantu Usahawan B40, RM1.24 Juta Diperuntuk Melalui SME Bank ITEKAD Penjana Komuniti

Tambah beliau, komitmen Bank Rakyat dalam mengupaya lebih ramai usahawan dan perniagaan berskala kecil dan sederhana daripada setiap lapisan masyarakat juga mampu membantu kerajaan mencapai aspirasi pembasmian miskin tegar.

“Ia juga mempertingkatkan daya saing perusahaan PMKS menerusi manfaat pembiayaan daripada dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan melalui agensinya,” ujarnya.

Sementara itu, Mohammad Hanis berkata, Bank Rakyat berhasrat bagi melaksanakan pembangunan strategik usahawan dan koperasi meliputi penyediaan kemudahan bimbingan pakar dalam bidang khusus serta pengurusan perniagaan yang berkesan, terutamanya kepada komuniti unserved dan underserved.

“Bank Rakyat juga telah melancarkan inisiatif SU.TE.RA pada tahun lalu, iaitu sebuah platform interaksi yang menghubungkan usahawan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan.
“Program interaksi termasuk ‘Santai Namun Sampai’ dan kempen #asalkepompongmenjadisutera, Penasihat Koperasi dan Usahawan, Bengkel Pembiayaan Islam, Program Mentor Graduan dan Program Pembangunan Vendor juga telah memberikan impak yang besar dengan penyertaan lebih 5,300 orang peserta di seluruh negara,” katanya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi rap dari Amerika Syarikat (AS) Kanye West sifatkan pakaian isteri seni dan menegaskan bahawa mereka meninggalkan Anugerah Grammy 2025 secara sukarela dan bukannya...

Politik

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari terharu dengan tindakan DAP Pulau Pinang yang sedia mengumpul dana untuk mengadakan kelas pemahaman nama dan budaya masyarakat...

Spotlight

Pelakon Nikita Willy dedah tak pernah kentut di hadapan suaminya iaitu Indra Priawan walaupun pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun. Menerusi satu...

Sukan

Gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mendapatkan khidmat bekas rakan sepasukan Ronaldo yang terkenal dengan pertahanan kental, Alvaro Gonzalez sekaligus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd