Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bantu Usahawan B40, RM1.24 Juta Diperuntuk Melalui SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti

SME Bank memperuntukkan dana fasilitasi bernilai RM1.24 juta kepada 249 peserta Program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti.

Kenyataan itu diumumkan pada satu Majlis Penyerahan Dana Fasilitasi Program SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti di Kuala Lumpur hari ini.

Foto: Suara Merdeka

Program tersebut dirangka secara strategik untuk merapatkan jurang peluang bagi mewujudkan impak ekonomi yang mampan dalam kalangan usahawan B40.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia juga menawarkan kemahiran, alatan dan sokongan yang diperlukan untuk para peserta menubuhkan dan mengekalkan perniagaan mereka dengan jayanya.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti telah memberi impak yang besar dalam pengukuhan dan pembangunan kumpulan sasar.

RM1.24 juta untuk SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti

Foto: Sinar Harian

“Inisiatif seperti in juga selaras dengan misi KUSKOP untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif untuk menyokong pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mampan.
“Kerajaan menyokong penuh program ini kerana ia berfungsi sebagai platform untuk mencetuskan transformasi positif dan bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan daya tahan perniagaan para peserta.
“Kesimpulannya, kejayaan ini memainkan peranan penting dalam memartabatkan kemakmuaran ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Artikel lain: TEKUN Nasional Perkasa Usahawan Informal & Mikro Sempena 25 Tahun Penubuhan

Sementara itu, Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SME BANK, Datuk Wira Dr. Aria Putera Ismail berkata, program berkenaan merupakan tindak balas pantas untuk membantu usahawan PMKS semasa pandemik 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kini SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti telah pun memanfaatkan lebih 700 orang usahawan mikro B40 dan lebih RM4.6 juta telah diperuntukkan bagi tujuan dana fasiliti dan program bimbingan keusahawanan,” ujarnya.

Foto: Dagang News

Dr. Aria berkata, SME Bank komited untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, dan program itu direka khas untuk memperkasakan usahawan mikro berpendapatan rendah, membimbing mereka ke arah mencapai daya tahan kewangan.

“Program ini juga memberi tumpuan kepada aspek pembangunan kapasiti dan memberi panduan tentang cara mencapai kemampanan ekonomi melalui bimbingan perniagaan, pemantauan berterusan dan juga dana fasilitasi,” katanya.

Anak syarikat milik penuh SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) telah dilantik sebagai jurulatih perniagaan bagi program berkenaan.

CEDAR telah menjalani program latihan komprehensif yang merangkumi modul penting, termasuk pemasaran digital, sistem perakaunan dan penggunaan gerbang pembayaran yang menjurus ke arah peningkatan operasi perniagaan dan pengurusan kewangan.

SME Bank telah mengenal pasti empat objektif utama program tersebut iaitu memperkemaskan proses pendaftaran perniagaan, diikuti dengan pelaksanaan strategi pemasaran dan sistem perakaunan digital serta penyepaduan gerbang pembayaran dalam mengoptimumkan operasi perniagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peserta yang berjaya memenuhi kriteria dan kekal dalam kumpulan fokus dan layak mendapat dana fasilitasi berjumlah RM5,000 setiap orang.

Awal tahun ini, SME Bank iTEKAD Penjaan Komuniti telah diiktiraf secara rasmi sebagai satu inisiatif iTEKAD yang disokong oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai inisiatif dan kemudahan kewangan SME Bank, layari laman web rasmi di www.smebank.com.my atau di platform media sosial rasmi SME Bank.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerajaan akan menbuat pengumuman khas kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam yang akan dibuat pada Jumaat, 16 Ogos depan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan...

Sosial

Tular di media sosial sepasang suami isteri warga emas yang ditemukan meninggal dunia dan membusuk di dalam bilik rumah mereka di kawasan Jonggol, Jawa...

Lokal

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak bagi proses pengebumian pada hari ini....

Sosial

Bapa kepada salah seorang mangsa yang lemas Air Terjun Jami, Maros, Sulawesi Selatan pada Jumaat tahan tangis selepas menerima berita anak perempuannya lemas. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd