Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bahan Suci Dikeluarkan, Tokong Tertera Kalimah Allah Sudah Dirobohkan

Semua peralatan penyembahan di sebuah tokong di Jalan Jeti Anjung Batu – Pantai Siring, Jasin telah dikeluarkan pemilik terlebih dahulu sebelum kerja perobohan dilaksanakan pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo! Online, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, tindakan itu dibuat selepas persetujuan dicapai antara wakil pemilik tanah dan agensi terlibat pada hari sebelumnya.

Beliau berkata, pengosongan peralatan tersebut merupakan langkah penting bagi menjaga sensitiviti penganut agama lain sebelum proses perubahan tapak dijalankan.

“Seperti yang dijanjikan semalam, bahan-bahan suci bagi penganut agama lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kita laksanakan proses perubahan.
“Hari ini kita dapat saksikan sendiri semua bahan sembahan suci telah pun dikeluarkan oleh pemilik tanah dan pemilik bangunan sebelum kerja-kerja merobohkan dilaksanakan,” katanya.

Zaidi berkata, pengesahan itu turut diperoleh daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Minyak selepas pihaknya berhubung dengan pemilik terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila semua bahan suci telah dikeluarkan, maka proses perubahan tapak ini boleh dilaksanakan kerana ia bukan tokong berdaftar.
“Proses ini turut disaksikan wakil Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan ia berjalan mengikut tatacara yang ditetapkan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berharap garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencerobohan tapak ibadat tidak sah dapat diperkemaskan bagi mengelakkan isu sama berulang.

Jelasnya, pengalaman lalu dalam mengiktiraf sebuah tapak ibadat bukan Islam yang sah boleh dijadikan rujukan dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

Sumber: Kosmo! Online (Amran Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Selepas mencuri tumpuan ramai dengan keputusan 11A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fakhrul Iman Zainudin, 18, meminta orang ramai agar turut meraikan kejayaan rakan-rakannya di...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd