Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bahan Letupan Belerang Dipercayai Punca Bumbung Myvi Kuning Berlubang

Letupan yang berlaku hingga menyebabkan bumbung sebuah kereta Perodua Myvi berlubang di hadapan sebuah rumah di Padang Jawa, Shah Alam pada 17 Februari lalu dipercayai berpunca daripada bahan letupan berasaskan belerang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian letupan pada jam 3.50 pagi itu berlaku ketika pemilik kereta berusia 35 tahun itu berada di ruang tamu rumah dan dimaklumkan oleh isterinya yang ternampak percikan api di atas kereta mangsa.

“Selang dua minit, mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang bungkusan keluar dari rumah untuk memeriksa keadaan di luar rumah yang dipenuhi asap dan kemudiannya terus menghubungi pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati Myvi berwarna kuning milik mangsa yang diparkir di hadapan rumahnya berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan kerana kesan lekukan besi bumbung kereta yang masuk ke arah dalam.

“Pemeriksaan dalam kereta tersebut tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing dan menurut saksi kejadian iaitu jiran mangsa telah mendengar satu bunyi letupan yang kuat sekitar jam 3.50 pagi,” katanya.

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama forensik Bukit Aman dari unit Pemusnah Bom mendapati pembuatan bahan letupan itu adalah dari individu yang mempunyai pengetahuan tentang bom manakala bahan letupan adalah dari jenis ‘low explosive’, iaitu serbuk belerang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Iqbal berkata teknik yang digunakan untuk menyebabkan letupan tersebut adalah teknik bakar kerana polis menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan tersebut namun tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian.

Mohd Iqbal berkata setakat ini, seramai 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohammad Khairi, di talian 012-2666025.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd