Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Azam Azmi Digantung Dua Perlawanan, Diminta Selesaikan Denda RM4,400

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menjatuhkan hukuman gantung dua perlawanan serta denda sebanyak USD1,000 (RM4,000) kepada Azam Azmi Murad.

Keputusan itu dibuat selepas pemain berusia 21 tahun itu terpalit dengan insiden kontroversi sewaktu perlawanan Malaysia menentang Vietnam pada 27 Disember lalu di Stadium My Dinh, Hanoi.

Keputusan itu menyaksikan Azam bakal terlepas perlawanan ‘hidup mati’ Harimau Malaya menentang Singapura bagi Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang akan berlangsung pada malam ini.

Selain itu, Azam Azmi juga perlu membayar denda sebanyak USD1000 (RM4,400) dan ia perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan yang dibuat iaitu pada 2 Januari 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Denda itu perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan dikeluarkan.
“Azam juga telah dimaklumkan bahawa kesalahan berulang akan dikenakan hukuman yang lebih serius,” kata AFF dalam kenyataan.

Sebelum ini, FAM telah menghantar surat bantahan rasmi kepada AFF berkenaan dengan insiden layangan kad merah diterima Azam Azmi dalam perlawanan Kumpulan B ketika menentang pasukan Vietnam.

Pada perlawanan tersebut, Azam Azmi telah dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Jepun, Ryuji Sato selepas Azam didakwa mengasari pemain Vietnam di luar padang kotak penalti pada perlawanan separuh masa kedua.

Surat bantahan itu dihantar selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk S Sivasundaram.

Bahkan, mutu pengadilan ditampilkan pengadil dari Jepun, Ryuji Sato mencetuskan persoalan dan kritikan peminat bola sepak negara pada perlawanan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, keputusan memberikan sepakan penalti kepada Vietnam ketika kedudukan 0-1 jelas menyentak semangat pemain Malaysia yang akhirnya menyaksikan Harimau Malaya tumbang 0-3.

Bukan itu sahaja, Sato turut melayangkan kad merah kepada pertahanan Azam Azmi Murad susulan pergelutan di luar kawasan padang dengan pemain Vietnam, Doan Van Hau pada minit ke-59.

Sumber: Twitter @zulhelmizainal1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Akaun media sosial milik pelawak kelahiran Malaysia, Uncle Roger telah digantung oleh pihak berkuasa China selepas bergurau senda mengenai Beijing dan menjadikan isu Taiwan...

Dunia

Selain di Malaysia, negara jiran, Indonesia juga sedang dilanda ‘demam’ Coldplay apabila masing-masing masih heboh bercerita tentang konsert band dari United Kongdom itu yang...

Spotlight

Bekas isteri kepada penyanyi Indonesia, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka difahamkan telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain kelmarin. Belum setahun menjanda Menerusi...

Lokal

Hari ini, salah seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Jamaludin Yahya mencadangkan kepada kerajaan supaya golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) dikategorikan sebagai pesakit...

Advertisement