Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

31 MRSM Catat GPM Bawah 2.0, Asyraf Wajdi Anggap Satu Pencapaian Luar Biasa!

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan ucapan tahniah kepada dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) iaitu Kuala Kubu Bharu dan MRSM Ulul-Albab Kepala Batas yang berjaya menjadi antara sekolah terbaik bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dengan Gred Purata 1.261 dan 1.312.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Asyraf Wajdi di laman Facebooknya, beliau menganggap satu pencapaian luar biasa apabila sebanyak 31 MRSM mencatatkan Gred Purata Maktab (GPM) bawah 2.0.

Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi

“Tahniah MRSM Kuala Kubu Bharu dan MRSM Ulul-Albab Kepala Batas antara sekolah terbaik Malaysia SPM dengan Gred Purata 1.261 dan 1.312.
“Luar biasa 31 MRSM catat GPM bawah 2.0,” ujarnya.

Untuk makluman, seramai 14,179 calon SPM 2024 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan memberitahu rekod tersebut menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 11,713 calon atau 3.1 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Inisiatif Baca 10 Minit Kembali, RM1 Juta Baucar Buku Disediakan Untuk Rakyat

Asyraf Wajdi

Call for global promotion of Southeast Asian literature

Kata beliau lagi, pencapaian calon SPM 2024 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) sebanyak 4.49 berbanding 4.60 pada tahun sebelumnya.

Sumber: Facebook @Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd