Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Inisiatif Baca 10 Minit Kembali, RM1 Juta Baucar Buku Disediakan Untuk Rakyat

Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diraikan setiap 23 April, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) terus memperkukuh budaya membaca rakyat Malaysia melalui Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 dan pelancaran Baucar Buku Semarak Membaca 2025.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang berlangsung di Central Square, Sungai Petani pada Selasa. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan menjadikan membaca sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat.

RM1 juta baucar buku disediakan untuk rakyat

RM1 juta baucar buku

“Amalan membaca adalah langkah pertama kepada segala kemajuan dan menjadikan manusia lebih berdaya maju dan matang. Kemajuan negara dan ketamadunan bangsa dapat dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir daripada amalan membaca,” katanya.

RM1 juta baucar buku

Seiring dengan program ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk Baucar Buku Semarak Membaca iaitu satu inisiatif yang bukan sahaja meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan bacaan, malah turut menyokong industri perbukuan tempatan.

Artikel lain: KPM Pertimbang Beri Baucar Buku MADANI Kepada Warga Pendidik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shopee, sebagai rakan e-dagang rasmi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), memainkan peranan penting dalam memudahkan penebusan baucar secara digital.

Menurut Ketua Hal Ehwal Awam Shopee Malaysia, Nadia Anwar, Shopee berhasrat untuk memudahkan penebusan baucar dan memperluas akses kepada buku berkualiti dengan harga mampu milik.

“Malah memberi sokongan tambahan dengan menyumbangkan baucar Shopee Live,” ujarnya.

RM1 juta baucar buku

KPN turut menyatakan bahawa lebih 48,000 program berkaitan galakan membaca telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024, termasuk Program Kembara Ilmu, Program Jom Baca, Karnival Baca Perdana dan Program Pembudayaan Tulisan Jawi.

Inisiatif ini diharap menjadi pencetus kepada gelombang baharu dalam menjadikan membaca sebagai satu rutin harian rakyat Malaysia, seiring dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk masyarakat berpengetahuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd