Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Astro Perkukuh Dominasi Siaran Sukan Asia, Sambung Kerjasama Eksklusif Dengan AFC Sehingga 2029

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan lanjutan kerjasama jangka panjang bersama Astro, penyedia kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sebagai Rakan Media Rasmi di negara ini.

Perjanjian baharu itu merupakan kesinambungan kepada kolaborasi tiga tahun yang dimulakan sejak 2023, yang sebelum ini merangkumi Kelayakan Asia AFC – Road to 26, perlawanan skuad kebangsaan serta semua kejohanan kelab anjuran AFC.

Melalui lanjutan ini, Astro akan terus membawakan liputan menyeluruh bola sepak Asia kepada peminat tempatan, termasuk hak penyiaran eksklusif bagi Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Kerjasama tersebut turut meliputi kejohanan lain bagi kategori lelaki, wanita dan remaja, termasuk pusingan akhir Kelayakan Asia bagi Kejohanan Bolasepak Olimpik Wanita 2028 di Los Angeles.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Selepas 30 Tahun Bekerjasama, RTM Tamatkan Siaran Di Astro Mulai 1 Julai

Selain itu, Astro mengekalkan hak siaran bagi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) dan Liga Juara-Juara Asia Wanita sehingga musim 2028/29.

Kesinambungan hak penyiaran ini memastikan peminat bola sepak tanah air tidak akan terlepas detik penting saingan terbesar Asia, dari Piala Asia Arab Saudi 2027 hingga ke pertandingan kelab elit benua itu.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata kerjasama bersama Astro telah memberi impak besar dalam memperluaskan jangkauan bola sepak Asia di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Astro telah menjadi rakan kongsi yang luar biasa dalam memperluaskan pengaruh bola sepak Asia di Malaysia.
“Kami yakin mereka akan terus memberikan pengalaman menonton yang hebat dan memikat menerusi pelbagai platform bagi kejohanan bola sepak utama di benua ini.
“Lanjutan kerjasama jangka panjang ini mencerminkan visi bersama kami untuk membawa saingan AFC bertaraf dunia lebih dekat dengan peminat.
“Kami tidak sabar untuk bekerja erat dengan Astro bagi menyemarakkan lagi minat terhadap bola sepak serta menampilkan bakat-bakat luar biasa di seluruh Asia,” katanya.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata kerjasama ini membuktikan komitmen berterusan syarikat itu dalam membawakan aksi bola sepak terbaik Asia kepada peminat di Malaysia.

“Kerjasama terbaharu dengan AFC ini membuktikan komitmen berterusan Astro dalam membawakan aksi bola sepak terbaik Asia kepada peminat di Malaysia.
“Daripada saingan Piala Asia AFC sehingga ke kejohanan kelab peringkat tertinggi serantau, kami bangga dapat menyiarkan setiap detik penting ini secara langsung di pelbagai platform, termasuk Astro Arena (CH 801 & 802), Astro Football (CH 814), Astro GO, NJOI dan Sooka.
“Selari dengan perubahan trend tontonan, fokus kami adalah untuk terus membawakan inovasi dalam penyiaran sukan, menjadikannya lebih mudah diakses, imersif dan menarik.
“Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh portfolio sukan premium kami, malah mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai ‘Home of Sports’ di Malaysia,”ujar beliau.

Sumber: Stadium Astro

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Bisnes

Perodua mengumumkan pengurangan sehingga 10 peratus ke atas kos alat ganti komponen penyelenggaraan termasuk caj buruh sebagai langkah membantu rakyat Malaysia berdepan tekanan kos...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd