Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

ANM Terajui Inisiatif Rekod Digital, DDMS Diperluas Ke 500 Agensi Menjelang 2025

Agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Arkib Negara Malaysia (ANM) menerajui inisiatif rekod digital kerajaan melalui Sistem Pengurusan Dokumen Digital 2.0 (DDMS) 2.0 dan berada di barisan hadapan dalam pemeliharaan penyimpanan pelbagai rekod sama ada rasmi atau peribadi.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, DDMS 2.0 merupakan sistem termaju yang menetapkan penanda aras baharu untuk konsistensi, kebolehpercayaan dan ketelusan dalam pengurusan rekod kerajaan.

Foto: Facebook Aaron Ago Dagang

“Sistem itu kini digunakan oleh 370 agensi kerajaan dan bakal diperluas ke 500 agensi menjelang 2025. DDMS 2.0 menempatkan 12.3 juta rekod dan memberi perkhidmatan kepada hampir 60,000 pengguna aktif (penjawat awam),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Antarabangsa pada Rekod Digital dan Kebolehterimaan Undang-Undang 2024 anjuran ANM di Hotel Everley, Putrajaya hari ini.

Aaron berkata, pelaksanaan DDMS 2.0 itu mampu mengubah keseluruhan proses pengurusan rekod kepada satu proses pengurusan rekod fizikal yang dapat diurus secara berpusat sekali gus tidak memerlukan salinan berlebihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook  Aaron Ago Dagang

“DDMS 2.0 membantu meningkatkan komunikasi dengan membenarkan sebarang rekod digital diarahkan serta-merta dalam organisasi bersama-sama minit mesyuarat dan arahan kepada setiap penerima,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen bagi Kanowit itu berkata, nilai arkib bukan sahaja penting untuk memelihara warisan budaya tetapi juga bagi memastikan kesahihan rekod digital.

“Kira-kira 80 peratus daripada inisiatif arkib negara sepanjang dekad lepas menumpukan kepada pendigitalan dan pemeliharaan rekod elektronik, mencerminkan komitmen teguh kami untuk kekal di hadapan,” jelasnya lagi.

Aaron turut berkata, ANM proaktif dalam menerajui pengurusan rekod digital dan menyokong transformasi digital kerajaan melalui perkongsian berwawasan dengan Jabatan Digital Negara untuk membangunkan DDMS 2.0. sekali gus mengiktiraf peranan rekod digital dalam mempromosikan perpaduan melalui dokumentasi yang telus dan selamat.

Foto: Facebook  Aaron Ago Dagang

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan mewujudkan rangka kerja yang kukuh, DDMS 2.0 menawarkan model untuk sektor lain sekali gus memperkukuh ketelusan sebagai asas kepercayaan,” tambah beliau.

Untuk makluman, DDMS 2.0 dipilih sebagai salah satu daripada lima projek teratas bagi Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2020 Forum Peringkat Tinggi di Geneva, Switzerland selepas memperoleh undian tertinggi di bawah kategori AL C6 – Persekitaran Pemboleh Daya.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Bekas ahli anggota One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia di Buenos Aires, Argentina selepas terjatuh dari sebuah hotel di sana, pada malam Rabu...

Spotlight

Artis terkenal Indonesia, Irish Bella telah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang usahawan yang berasal dari Aceh, Haldy Sabri selepas bercerai sembilan bulan...

Dunia

Keluarga mangsa akhirnya mendapat jawapan selepas penantian selama 56 tahun apabila mayat seorang ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi pesawat terhempas pada tahun...

Nasional

Satu lagi kes kematian melibatkan seorang pengamal perubatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, sedang disiasat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd