Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anjur Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024, MYDIN Bantu Ringankan Kos Perbelanjaan

Mydin Mohamed Holding Berhad (MYDIN) telah melancarkan Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 yang akan berlangsung sehingga 30 Mei ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) pada Isnin.

Kempen ini dilaksanakan sebagai tanda komitmen MYDIN dalam menyokong usaha KPDN meringankan kos perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dengan memberikan pelbagai tawaran.

Menurut Pengarah urusan MYDIN, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata pihaknya menerima permintaan daripada pelanggan setia mereka, khususnya golongan ibu bapa bagi meneruskan kempen penjimatan seperti ini.

“MYDIN sedia maklum cabaran semasa masyarakat terutamanya pasca sambutan Aidilfitri dan pembukaan persekolahan.
“Justeru itu, kami berharap masyarakat khususnya golongan ibu bapa mengambil kesempatan mengatur perbelanjaan dengan tawaran sepanjang kempen ini berlangsung,” katanya.

Artikel lain: IHH Healthcare Malaysia Lancar Sistem Solar Dengan Kapasiti 420 KiloWatt – PETRA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, MYDIN menawarkan diskaun rebat dan hadiah percuma dengan jumlah keseluruhan bernilai RM800,000 yang melibatkan barangan bayi dan kanak-kanak yang dari jenama terlibat.

Kempen ini turut mendapat kerjasama rakan pembekal MYDIN iaitu Abbot, Carrie Junior, Diapex, Dryfirst, Drypers, Dugro, Farm Fresh, Fernleaf, Gnubkins, Huggies, Johnson & Johnson, Milna, Molfix, Nestle dan Pureen.

Antara penjimatan lain dalam kempen barangan dalam kempen ini adalah susu tepung, lampin pakai buang, set pakaian bayi dan kanak-kanak, kereta sorong bayi dan banyak lagi.

Sekadar info, Kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 merupakan program di bawah Jualan Ihsan RAHMAH (PJIR) dan kempen ini dirasmikan oleh Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali di MYDIN Subang Jaya pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, lawati media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd