Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Angkara Musim Tengkujuh, Harga Sayur Dijangka Naik Sehingga 30 Peratus

Harga Sayur Dijangka Naik

Harga sayur dijangka naik antara 20 hingga 30 peratus susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh yang kini bermula.

Memetik laporan Buletin TV3, Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee berkata, cuaca buruk dijangka menyebabkan bekalan sayuran berkurangan sehingga 15 peratus di negeri-negeri terjejas terutamanya di kawasan rendah.

Menurutnya, ia berikutan pengeluaran hasil tidak seperti biasa susulan hujan lebat akan menyebabkan sayur tidak menjadi, selain kebun serta ladang di kawasan rendah mungkin akan ditenggelami banjir.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita jangkakan kenaikan harga sayuran antara 20 hingga 30 peratus susulan musim tengkujuh yang mula melanda seluruh negara.
“Bagaimanapun, kenaikan harga sayuran ini tidak terlalu signifikan kerana ketika ini harga sayuran berada pada tahap rendah dan murah.
“Sawi umpamanya hanya dijual kepada pemborong pada harga 80 sen sekilogram, jika berlaku kenaikan 20 hingga 30 peratus pun kenaikan harganya minimum,” katanya.

Foto: Buletin Tv3

Tambahan pula, pengusaha risau banjir akan menenggelamkan kebun dan ladang sayur menyebabkan kenaikan harga lebih tinggi berikutan bekalan sayuran terjejas.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands, Lau Weng Soon berkata, kualiti sayuran akan terjejas dengan hasil pengeluaran berkurangan, jika keadaan hujan terlalu lebat.

Foto: Kosmo Digital

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kedai Mamak Tidak Lagi Jual Rokok Bermula Tahun Depan – PRESMA

Oleh itu katanya, kenaikan harga sayuran dijangka antara 20 hingga 30 peratus susulan keadaan cuaca luar jangka yang menyebabkan hasil pengeluaran terjejas.

“Bagaimanapun, banyak kebun dan ladang sayur baharu yang dibuka di Cameron Highlands, baru-baru ini dan kita harapkan impak MTL tidak terlalu menjejaskan bekalan sayuran dari kawasan tanah tinggi ini.
“Kebanyakan ladang dan kebun sayur yang terjejas ketika MTL adalah di negeri tanah rendah seperti Johor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang berikutan kebimbangan berlaku banjir,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd