Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kedai Mamak Tidak Lagi Jual Rokok Bermula Tahun Depan – PRESMA

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya atau mesra dipanggil kedai mamak, tidak lagi menjual rokok di premis mereka bermula tahun depan.

Menurut laporan Harian Metro, Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, setakat ini lebih 40 peratus daripada 12,000 premis di bawah persatuan itu tidak lagi menjual rokok.

Foto: The Merdeka Suites

“Saya rasa daripada lebih daripada lebih 12,000 premis, hampir 40 peratus tidak lagi menjual rokok.
“Kita tengok contoh restoran di Puncak Alam, baru tadi Menteri Kesihatan beri surat penghargaan kerana tidak menjual rokok.
“Saya rasa ini satu hala tuju yang baik dalam industri makanan ini. Perumpamaan dia macam ini, kalau kata arak haram, kalau zaman dulu ada kedai masih jual tapi sekarang ini dah tiada dah.
“Kalau boleh, restoran ini, kalau nakkan semuanya halal, rokok ini pun kita hindarkanlah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Dalam pada itu, beliau berkata PRESMA juga mengambil kesempatan menyuarakan sedikit kebimbangan dengan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Menurutnya, ada peruntukan dalam akta itu yang mengatakan premis boleh dikompaun kerana gagal menghalang orang merokok di premis.
Foto: Sabah Post
“Yang itu kami terkilan sikit sebab bidang kuasa kami cukup terhad tapi kami lega kerana dapat menyampaikan pandangan kepada Menteri Kesihatan dan pegawai beliau.
“Saya yakin mereka akan datang dengan satu jalan penyelesaian yang baik. Semua memang sudah digazetkan tapi saya rasa perlu ada juga budi bicara daripada pegawai-pegawai yang buat pemaantauan.
“Saya juga berharap pemantauan berkala dapat dilakukan di premis untuk membudayakan masyarakat kita tidak merokok di premis makanan,” ujarnya.

Turut dibincangkan juga mengenai isu kenaikan gaji bagi pekerja asing serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kenaikan gaji minima perlu dikaji semula oleh kerajaan kerana dalam industri makanan dan minuman, rata-ratanya menyediakan makanan dan minuman yang cukup setiap hari serta menyediakan tempat tinggal untuk pekerja asing,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (NurNazwa Alya Razman)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

Prasarana Malaysia tarik balik iklan yang mencetuskan perhatian ramai dan tampil memberi penjelasan berhubung visual dalam salah sebuah tren Rapid KL, baru-baru ini. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd