Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Dedah ‘Taktik’ Suspek Kasari Isteri, 9 Kali Kahwin Sasar Penjawat Awam

Polis mendedahkan suspek kes pukul isteri hingga parah dan mengalami keguguran di Sungai Petani minggu lalu pernah berkahwin sebanyak sembilan kali serta mempunyai 11 anak.

Memetik laporan daripada Buletin TV3 , Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah menyatakan, lelaki berusia 43 tahun itu dipercayai masih mempunyai tiga isteri dan menjadikan wanita berkerjaya tetap, khususnya penjawat awam sebagai sasaran.

Ada beberapa rekon lampau

Menurut beliau, suspek turut mempunyai rekod lampau termasuk kes mencederakan isteri di Johor Bahru pada 2021 yang menyaksikannya dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan kini dalam proses rayuan.

Direman tujuh hari

Suspek ditahan di sebuah rumah inap di Alor Setar sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis turut merampas sebuah Mercedes-Benz, empat telefon bimbit serta beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kejadian.

Dalam kes terbaharu, mangsa yang juga isterinya berusia 39 tahun dilaporkan mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang rusuk, tulang belakang serta lebam di seluruh badan.

“Dalam kes terbaharu ini melibatkan mangsa yang juga isterinya berusia 39 tahun, juga penjawat awam dipercayai menjadi mangsa penderaan berulang sejak beberapa bulan lalu.
“Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah termasuk patah tulang rusuk kiri dan kanan, patah tulang belakang serta lebam di seluruh badan. Lebih menyayat hati, mangsa turut mendakwa mengalami keguguran akibat dipukul suspek,” tambahnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: Buletin TV3 (Amira Suraini Che Mohamad)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd