Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aman Palestin Lancar Tabung, Bantu Tampung Kos Mahkamah

Aman Palestin Berhad melancarkan Tabung Solidariti Kes Aman Palestin bagi membantu mereka menampung kos urusan mahkamah yang mencecah RM2.2 juta.

Akaun Aman Palestin disekat

Memetik laporan dari Berita Harian, Pengurus Projek dan Komunikasi Korporat Aman Palestin, Muhd Farhan Muhd Fadhil memaklumkan yang akaun mereka telah disekat dan segala bantuan tidak dapat disalurkan susulan  pertuduhan terhadap Aman Palestin baru-baru ini.

aman palestin

Artikel lain: SPRM Beku 41 Akaun Bank Aman Palestin Babit RM15 Juta

Kakitangan dicutikan, cawangan ditutup

Tambah beliau, ramai kakitangan terpaksa dicutikan dan beberapa cawangan telah ditutup memandangkan urusan mahkamah yang memakan kos jutaan ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, pihak Aman Palestin mengambil inisitatif dengan melancarkan tabung bagi meminta masyarakat membantu kos pengurusan kes di mahkamah dalam usaha membersihkan kembali nama baik dan bebas daripada pertuduhan.

“RM2.2 juta jumlah ikat jamin adalah satu angka yang amat besar dan mustahil untuk disediakan dalam keadaan akaun Aman Palestin masih dibekukan. Ini belum campur kos guaman dan sebagainya.
“Namun Aman Palestin akan tetap memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pihak-pihak berkuasa bagi melicinkan proses perbicaraan dan kehakiman,” katanya.

aman palestin

Terdahulu, tiga tertuduh berhadapan dengan dakwaan kes pecah amanah, tipu dan mengubah wang haram bernilai RM39.5 juta dikaitkan dengan Aman Palestin telah mencuri tumpuan susulan  164 pertuduhan secara keseluruhan.

Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58, dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut, 52, dan pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49 telah mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan-tuduhan tersebut.

Pihak SPRM pada November lalu memaklumkan yang 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan telah dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan RM15,868,762.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Suraya Ali)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd