Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aktivis Persoal Tindakan SKMM, Muzik Video Raya Aliff Syukri Tidak Langgar Undang-Undang

Aktivis Thilaga Sulathireh menganggap muzik video raya Datuk Seri Aliff Syukri masih tidak melanggar undang-undang sekali gus mempersoal tindakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), terhadap usahawan terkenal itu.

Menerusi laporan Malaysiakini, Thilaga yang juga ahli Justice for Sisters berpendapat bahawa Aliff Syukri tidak wajar dikenakan tindakan hanya kerana ramai yang tidak senang dengan muzik video berkenaan.

Foto : Salzburg Global Seminar

Thilaga berkata, tindakan pihak berkuasa seharusnya tidak dipengaruhi oleh ketidakselesaan majoriti terhadap muzik video berkenaan, malah ia perlu bersandar kepada alasan dan bukti yang kukuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tidak boleh menghukum disebabkan suara-suara majoriti yang tidak selesa sebaliknya kita perlu ada alasan yang kukuh terhadap isu yang dibawa olehnya,” katanya.

Thilaga menyifatkan bahawa muzik video usahawan itu bukan sesuatu yang harus dikenakan hukuman undang-undang atau melalui proses perundangan formal.

Foto : Coconuts.co

Meskipun wanita berusia 36 tahun ini mempersoal tindakan pihak berkuasa, namun dia juga tidak menafikan kejelikan serta berasa malu melihat muzik video tersebut.

“Video tersebut sememangnya jijik dan menggelikan serta malu untuk ditonton tetapi masih tidak melanggar undang-undang,” ujarnya.

Thilaga menjelaskan, tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa terhadap Aliff Syukri adalah tidak munasabah kecuali video klip itu boleh menimbulkan isu-isu yang serius.

Foto : Sinar Harian

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan terhadap klip video Aliff Syukri serta memaklumkan bahawa beliau menerima pelbagai komen di media sosial yang menggesanya supaya  mengambil tindakan tegas terhadap usahawan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber : Malaysiakini (Siti Nur Shahirah Omar)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd