Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Aktivis GSF Malaysia Razman Perlu Teruskan Rawatan, Paru-Paru Bocor Akibat Dikasari Tentera Negara Haram

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap ‘Traumatic Pneumothorax’ atau paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.

Razman yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Istanbul, Turkiye dan dijangka memerlukan pemantauan perubatan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

Beliau tidak dapat menyertai 28 lagi delegasi Malaysia yang dijadualkan pulang malam ini selepas dibebaskan daripada tahanan rejim berkenaan.

“Alhamdulillah selepas pembedahan, kesakitan yang saya alami semakin baik yang mana kalau mahu dibandingkan ketika ditahan Israel, saya mengalami sesak nafas dan sakit anggota badan.
“Ketika itu, jika mahu baring rasa sakit selain nafas juga pendek serta ada kesakitan di bahagian dada.
“Saya disahkan menghidapi paru-paru bocor dan pasukan perubatan perlu menebuk organ itu, jika lambat dapat rawatan, ia juga boleh sebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Menurut Razman, prosedur pembedahan yang dijalankan selepas ketibaannya di Istanbul menunjukkan perkembangan positif, namun beliau masih belum dibenarkan pulang awal atas faktor keselamatan kesihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jangkaan berapa lama di sini bergantung kepada tahap kesihatan saya. Jika dapat sembuh segera, maka lebih cepat untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

Tambahnya, beliau perlu menjalani tempoh rehat dan pemantauan rapi sebelum dibenarkan menaiki penerbangan jarak jauh.

Sementara itu, Razman turut mendakwa wujud layanan kasar sepanjang beliau ditahan di Ashdod, termasuk insiden yang disifatkan sebagai penderaan fizikal dan gangguan seksual.

“Ketika di Ashdod paling teruk, kami kena pukul beramai-ramai sambil tangan diikat selain berdepan gangguan seksual dan dipaksa menjadi seperti binatang.
“Semua kekejaman itu adalah bukti hidup tanda kezaliman Israel dan GSF akan bawa ke Mahkamah Antarabangsa untuk melawan rejim itu menerusi saluran undang-undang.
“Kita perlu fokus kepada isu kezaliman Israel. Rakyat Gaza tidak dapat membela diri, maka kami aktivis yang cedera ini ialah bukti untuk mengheret Israel ke muka pengadilan,” tegasnya.

Difahamkan, Razman merupakan antara 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi pelayaran GSF 2.0 bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum ditahan ketika berada di perairan antarabangsa.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Ridzauddin Roslan)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Spotlight

Satu video memaparkan dakwaan bahawa animasi popular Upin & Ipin kononnya berasal dari Indonesia tular di media sosial, baru-baru ini. Dakwaan itu timbul menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd