Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Akmal Saleh Gesa Kerajaan Pertahan Polisi Syarikat Arak Tak Boleh Beri Sumbangan

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan untuk pertahan polisi berkenaan tidak membenarkan syarikat arak memberi sumbangan mahupun melakukan aktiviti di sekolah.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Muhamad Akmal berkata dia memberikan sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Akmal Saleh pertahan polisi syarikat arak tak boleh beri sumbangan

Akmal Saleh Pertahan Polisi Arak

Foto: Majoriti

“Sokongan sepenuhnya kepada YB Menteri Pendidikan untuk mempertahankan polisi tidak dibenarkan sumbangan dari syarikat arak, rokok dan judi diberikan kepada pihak sekolah.
“Jika liga bola sepak negara pun tidak dibenarkan syarikat sebegini untuk menyumbang, apa lagi untuk sekolah di dalam negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal turut berkata kerajaan tidak seharusnya mengubah polisi itu walaupun mendapat desakan daripada anggota Kabinet sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muhamad Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menyelar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Artikel lain: “Tiada Masalah Salam Tangan Makan Babi, Asal Bukan Lain Jantina” – PAS

“Saya mohon agar kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu, Anthony Loke Siew Fook,” ujarnya.

Sebelum ini, Anthony yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP akan memberikan penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah Cina dalam mesyuarat Kabinet.

Akmal Saleh Pertahan Polisi Arak

Foto: DAP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anthony berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu kerana syarikat minuman keras membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sejak puluhan tahun lalu.

“Syarikat minuman keras menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina berlaku sejak 30 tahun lalu dan saya juga pernah menghadiri majlis itu.
“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya.

Akmal Saleh Pertahan Polisi Arak

Sementara Fadhlina berkata, KPM tidak akan mengkaji semula garis panduan kepada institut pendidikan dalam menerima sumbangan atau mengecualikannya kepada sekolah vernakular.

Menurutnya, semua sekolah perlu mengikuti panduan diberikan yang pada pendapatnya tidak terlalu sukar dipatuhi dan tidak mendatangkan mudarat.

Sumber: Facebook Dr Muhamad Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Lokal

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati serta mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu...

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd