Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Kebun Durian: Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi SAMKA Dibebaskan

Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penguatkuasaan ke atas kebun durian haram di Raub.

Ahli Parlimen Raub dan Pengerusi SAMKA dibebaskan

Menurut laporan Sinar Harian,  kenyataan yang dikeluarkan oleh SAMKA, kedua-dua individu tersebut meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub sekitar jam 11.30 pagi selepas selesai memberikan keterangan.

Penahanan Yu Hui dan Wilson pada Isnin dibuat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka.

Ahli Parlimen Raub

Foto: Kosmo!

Ia berkaitan dengan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap kebun durian yang didakwa diteroka tanpa kebenaran di Sungai Klau, Raub.

Artikel lain: “Tanam Durian Haram Bukan Rezeki Tapi Jenayah” – MCA Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan penguatkuasaan yang berlangsung sejak awal April lalu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pekebun, apabila lebih 200 pokok durian Musang King ditebang.

Ahli Parlimen Raub

Foto: Sinar Harian

Ramai pekebun menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak berkuasa, yang mereka dakwa menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Pahang menafikan bahawa operasi tersebut melanggar sebarang perintah mahkamah, malah operasi penguatkuasaan yang melibatkan pasukan polis serta Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijangka akan diteruskan sehingga 3 Mei ini.

Isu kebun durian haram di Raub terus mencuri tumpuan ramai, bukan sahaja kerana nilai komersial buah tersebut, tetapi juga kerana melibatkan persoalan hak milik tanah, kelestarian alam sekitar dan perananan pihak berkuasa dalam mengurus penerokaan alam.

Sumber: Sinar Harian (Norawazni Yusof)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd