Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Tanam Durian Haram Bukan Rezeki Tapi Jenayah” – MCA Pahang

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan Sungai Klau bermula 8 April lalu.

Menerusi satu hantaran di TikTok miliknya, Siew Mun memberitahu tindakan menceroboh tanah tersebut dan menjadikan ia sebagai kebun durian bukan satu rezeki yang halal bahkan ia merupakan satu jenayah.

Tanam durian haram satu jenayah

@wongsiewmun7

Adakah Isu kebun durian Raub isu perkauman? Mari kita explore! Versi Bahasa Cina di FB page saya #TeamRakyat #WongSiewMun #fyp #politiktok #politikMalaysia #rakyatbersuara

♬ original sound – Wong Siew Mun – Wong Siew Mun

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kebun durian yang dibina secara haram atas tanah hutan simpan bukan rezeki, tapi jenayah alam sekitar,” kata Siew Mun baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan atas tanah tersebut dan apabila timbul masalah sebegini mula membabitkan politik untuk mendapatkan sokongan.

“Apabila kerajaan Pahang buat penguatkuasaan, ada pihak ambil kesempatan, cuba mempolitikkan isu dan raih sokongan.
“Yang Berhormat dari DAP cepat-cepat datang rakam video kononnya nak jadi hero petani,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Siew Mun menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkenaan isu Rancangan Buku Hijau yang secara tiba-tiba muncul.

“Tolong jangan kelirukan rakyat, jangan timbulkan isu berbaur perkauman.
“Rancangan Buku Hijau bukan geran tanah, ia menggalakkan petani menanam tanaman kontan bagi tujuan keterjaminan makanan dan tanaman kontan ialah tanaman singkat masa yang memberi pulangan cepat,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Siew Mun memberitahu isu ini bukan isu membabitkan perkauman dan semua kaum tetap sama di sisi undang-undang.

Terdahulu, Chow Yu Hui  dan sekumpulan petani berang akan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Pahang kerana menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King tanpa notis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, sebanyak 204 pekebun terlibat dalam pertikaian tanah dengan mendakwa kerajaan negeri telah melanggar perintah mahkamah menebang pokok durian Musang King dan telah memfailkan semakan kehakiman, namun ditolak Mahkamah Tinggi.

Sumber: TikTok Wong Siew Mun

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kunjungan Manchester United ke Malaysia berakhir dengan penuh duka selepas tewas 0-1 kepada ASEAN All Stars dalam aksi Piala Cabaran Maybank 2025 yang berlangsung...

Sukan

Manchester United membawa pulang pulangan lumayan hasil daripada siri jelajah pra-musim mereka ke Asia, meskipun memulakan kempen tersebut dengan kekalahan mengejut kepada pasukan ASEAN...

Nasional

Malaysia berjaya mencapai 82.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk dalam tempoh masa yang singkat berbanding banyak negara lain hasil perancangan rapi dan pelaksanaan...

Spotlight

Pelakon Ed Gale yang memainkan watak sebagai Chucky dalam filem Child’s Play telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 61 tahun. Ed Gale, pelakon watak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd